Thursday, May 20, 2010

PEMUDA UMNO KUANTAN PERLU CONTOHI PEMUDA UMNO MARAN DAN PARIT


Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuantan memuji tindakan yang telah dilakukan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Maran dan Pemuda Umno Bahagian Parit Perak yang membantah terhadap pengeluaran lesen judi sukan kepada Berjaya Group Sdn Bhd.

Fadhli Ibrahim, Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuantan berkata " Saya juga mengharapkan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kuantan mengambil sikap untuk membantah pengeluaran lesen judi sukan seperti pemuda Umno Maran dan Parit di Perak. Orang yang mengaku beriman mesti sensitif dalam persoalan halal haram. Kami Pemuda Pas Kawasan Kuantan mengajak pemuda Umno Kuantan untuk sama-sama memberi sokongan kepada Pas Negeri Pahang menghantar memorandum kepada Menteri Besar Pahang berkait dengan isu judi sukan ini."

Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Maran, Ust Khairul Azmi Ismail berkata " Kita menyambut baik bantahan judi sukan dari Pemuda Umno Maran, cumanya kita harapkan bukan sahaja kemunkaran yang berbentuk judi sukan sahaja yang dibantah, tetapi segala bentuk kemunkaran dan penyelewengan yang dilakukan oleh pimpinan-pimpinan atasan perlu juga dibantah dan ditegur."

No comments:

Post a Comment