Saturday, March 20, 2010

SEKITAR KARNIVAL HIMPUNAN ORANG MUDA GENG KITA

Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Pahang
Ust Suhaimi Md Saad sedang memberikan ucapan alu-aluannya
Ust Nasruddin Hj Hassan Tantawi sedang merasmikan program
Orang Muda Geng Kita

Biarpun hujan berterusan, peserta tidak berganjak dari mendengar
ucapan perasmian yang disempurnakan oleh Ketua DPP Pusat
Sidang akhbar diadakan di Pasti Al-Huda Taman Tas.
Kanan :Ust Shahril Azman, Ust Yusuf Embong, Ust Nasruddin
dan Ust Suhaimi Md Saad
Pertandingan sepak raga bulat.
Peserta dari Dewan Pemuda sedang menyertai perlawanan
Paintball
Perlawanan gusti lengan diantara Pemuda Pas Kawasan Rompin
berbaju merah berentap dengan pemuda dari Kuala Lipis
Tentera Paintball dari Kuantan
Kanan:Fakhrul (baju Putih),Huzaifah,Khaidir,saiful,Jeffry
dan kapten Nazu
Peserta Paintball dari Kuantan
Pemuda Pas Kuantan menjuarai pertandingan Paintball
Peserta Paintball bergambar dengan Ust fadhli selepas
penyampaian hamper dan wang saguhati sebanyak RM750.00

Tuesday, March 16, 2010

EKSPIDISI DAKWAH PEMUDA KUANTAN DAPAT REAKSI DARI MUDA MUDI

13 March 2010 Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuantan telah mengadakan program "EKSPIDISI DAKWAH ORANG MUDA GENG KITE" . Seramai 20 0rang petugas turun bersama-sama untuk menjayakan program yang diadakan ini. Pemuda Pas Kuantan menyediakan 200 bungkus makanan dan minuman untuk diagihkan kepada pemuda dan pemudi yang berada di Taman Es Planade itu.Disamping itu juga diedarkan risalah kempen "Anti Zina" yang telah dilancarkan oleh Al-Fadhil Ust Riduan Mohd Nor (Exco Dewan Pemuda Pas Pusat)
Rasmi.....Ust Riduan Mohd Nor telah merasmikan
risalah"Anti Zina"
Pemuda bergambar dengan Ust Riduan selepas dari perasmian
risalah "Anti Zina"
Ust Riduan sedang menyantuni dua gadis yang sedang berehat
di Taman Es Planade.
Ust Fadhli Ibrahim sedang mengagihkan makanan dan minuman
serta risalah kepada pengunjung Taman Es Planade
Respon dari seluruh petugas melaporkan semua sasaranbersikap mesra dengan petugas. Walaupun telah diperkenalkan bahawa"Kami adalah dari Dewan Pemuda Pas Kuantan". Bermakna muda mudi sudahdapat menerima Pas dengan pendekatan yang pelbagai

Tuesday, March 9, 2010

EKSPIDISI JEJAK TOK GURU DEWAN PEMUDA PAS KUANTAN BERJAYA...

Sekilas pandang tentang perjalanan kami menemui
Dua Tok Guru di Terengganu dan Kelantan


Majlis perasmian dilakukan oleh Timb. YDP Pas Kawasan
Kuantan Sdr Salahuddin Abidin
Sdr Syam sedang memberi taklimat berkait dengan kaedah
berkonvoi
Peserta mendengar taklimat awal sebelum berlepas ke
Kuala Terengganu

26 February 2010
Peserta rombongan sampai di Surau Ustaz Azhar Jam 2.00 Pagi.Selepas Solat subuh
berjemaah peserta dihidangkan dengan kuliah subuh yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ust Alias Muhammad Latif (Ketua DPP Jerantut)Pengarah program sedang memberikan sedikit taklimat
sebelum berlepas
Peserta bersedia untuk berlepas ke Masjid Rusila

26 February 2010
Peserta XPDC bertolak dari Masjid Rusila pada jam 3.30Pm . Sampai di Masjid Kubang Kerian jam 7.30Pm.Peserta menunaikan solat jama' qasar di masjid Kubang Kerian kemudian terus ke Pusat Latihan Pasti di Jalan PCB yang terletak dalam DUN CempakaPeserta konvoi selesai makan malam
Selepas Solat Subuh berjemaah, peserta XPDC mendengar kuliah subuh
yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ust Sharuddin Mohammad
(Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuantan)
Peserta bersalam ukhuwwah mengeratkan silatur rahim
selepas daripada kuliah subuh
Bergambar kali terakhir sebelum bertolak ke Pengkalan Kubur
Di bangunan Pusat Latihan Pasti Negeri Kelantan inilah peserta rombongan
XPDC bermalam

27 February 2010
Selepas rombongan XPDC membeli belah di Pengkalan Kubur, rombongan menuju ke
Pejabat PAS Kawasan Tumpat di Kampung Berangan. Rombongan diraikan oleh Ajk Pas Kawasan Tumpat dan ADUN Kelaboran
Yb Mohd Zaki Ibrahim sedang berucap menyampaikan ceramah
motivasinya
Peserta XPDC sedang khusyuk mendengar ceramah motivasi
daripada Yb Mohd Zaki Ibrahim
Exco Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuantan bergambar
bersama-sama dengban Yb Zaki Ibrahim
Peserta XPDC bergambar dengan Yb Mohd Zaki Ibrrahim (Adu Kelaboran) di Pejabat Pas Kawasan Tumpat

27 February 2010

Peserta XPDC juga melawat kawasan Rantau Panjang yang merupakan pintu sempadan diantara Malaysia - Thailand. Peserta XPDC sempat membeli belah, melawat masjid cina dan makan malam diperkarangannya
Masjid Cina yang menjadi lambang kebanggaan kerajaan
Negeri Kelantan
Peserta XPDC bergambar dihadapan masjid china bersama-sama
dengan Yb Siti Zailah Yusuf sebagai Ahli Parlimen Rantau Panjang yang turut
meraikan peserta XPDC
Ust Fadhli Ibrahim menyampaikan Cenderahati kepada Yb Siti Zailah
kerana sudi meraikan kedatangan rombongan sekalipun terdapat 7 tempat
yang terpaksa di ziarahinya pada hari tersebut
Bersemangat...DPP Kuantan (Jersi Hijau) berhadapan dengan
DPP Rantau Panjang
Sdr Yusuf tukang mempamerkan skill yang tersendiri

28 February 2010
Peserta XPDC bermalam di Masjid Pulau Melaka setelah sehari suntuk memenuhi program
di kawasan Tumpat dan Rantau Panjang
Peserta XPDC bergambar dengan YAB Menteri Besar Kelantan
selepas daripada kuliah subuh di masjid Pulau Melaka
Beramah mesra dengan Nik Adli sebelum beliau
kandang kambingnya

28 February 2010
Jam 11.00 Pagi peserta XPDC berkumpul di JKR 10 untuk mendengar taklimat yang
berkait dengan kerajaan Negeri Kelantan yang disampaikan oleh Yb Hj Abdul Fattah Harun. Turut serta ialah Sdr Hafiz Musa (Setiausaha DPP Negeri Kelantan)
Yb Hj Abdul Fattah Harun sebagai Pengarah Pilihanraya Pas
Negeri Kelantan sedang memberi taklimat kepada peserta konvoi.
Turut serta Sdr Hafiz Musa (Setiausaha DPP Kelantan)
Peserta XPDC bergambar dihadapan JKR 10

28 . 2 . 2010 Hari Ahad
Peserta XPDC bertolak daripada Bandaraya Islam Kota Bharu pada jam 1.00 Petang,terus menuju ke Masjid Kampung Penarik Setiu. Rombongan menunaikan solat jama' qasar di masjid tersebut. Jam 5.00 Petang peserta XPDC terus bertolak ke Kampung Bukit Chatak Dungun. Peserta menunaikan solat Jama' qasar di Surau Ustaz Umar Syukri.
Peserta XPDC keluar daripada surau dan menuju ke rumah
Hj Rasyid untuk makan malam
Peserta Konvoi XPDC mendengar ucapan dengan penuh khusuk
dan lapar
Timb. Pengarah MTD Dun Sura sedang berucap
Ust Fadhli Ibrahim (Baju Merah) sedang menyampaikan Cenderahati
kepada pihak MTD Dun Sura