Saturday, November 28, 2009

TIDAK PERLU KEPADA PELAN PERALIHAN,MB MASIH SIHAT


PETALING JAYA, Nov 26 — Timbalan Mentri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob yang menerima sokongan dua Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri itu mengambil sikap rendah diri dengan menegaskan tidak perlu ada pelan peralihan sekarang yang memerlukan Mentri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menamakan penggantinya.

Oleh kerana Nik Aziz masih sihat, Ahmad yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kelantan berkata, beliau boleh meneruskan kepimpinannya sebagai Mentri Besar.

“Tiada keadaan terdesak. Mentri Besar masih OK… boleh teruskan jawatan dia. Sebenarnya benda ini tak ada apa-apa,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

Pandangan itu diberikan beberapa jam selepas Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang turut bersetuju supaya Ahmad dilantik Menteri Besar menggantikan Nik Aziz kelak.
Pendirian yang serupa juga dilahirkan oleh Exco Kanan Kerajaan Negeri, Datuk Husam Musa semalam.
Husam berkata beliau akan menolak tawaran jika dilantik menjadi Mentri Besar Kelantan untuk menggantikan Nik Aziz.

Mohd Amar dan Husam juga merupakan Exco Kerajaan Negeri.

Isnin lalu Mohd Amar mengesyorkan agar Nik Aziz menyatakan pelan peralihan pucuk kepimpinan kerajaan negeri dengan menamakan bakal penggantinya.

Mohd Amar berkata tanpa dipengaruhi mana-mana pihak, beliau secara peribadi menyatakan sokongan itu berdasarkan kedudukan Timbalan Menteri Besar itu sebagai pemimpin paling senior dalam kepimpinan kerajaan negeri itu.

Selepas 19 tahun mengetuai kepimpinan pentadbiran negeri, Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS kelmarin membayangkan sudah aha barisan pelapis yang bakal menggantikan beliau.

Bagaimanapun Nik Aziz enggan membayangkan nama yang disebut-sebut bakal menggantikannya itu tetapi memberi gambaran ia tertakluk kepada hiraki dalam parti di peringkat negeri.

Ketika mengulas lanjut, Ahmad berkata soal pemilihan pengganti Nik Aziz seharusnya melalui saluran parti.
“Bagi saya perkara ini mesti melalui saluran. Dalam parti ada forumnya, perkara ini tak mendesak, Tok Guru boleh teruskan,” tambah Ahmad.

Dalam pada itu, seorang lagi Exco Kerajaan Negeri Kelantan Abdul Fattah Mahmood berkata, perkara berkaitan pelan peralihan seharusnya diputuskan oleh kepimpinan parti.

“Kita ada jawatankuasa pusat, ada dewan harian untuk bincangkan.

“Seelok-eloknya buat keputusan dalam mesyuarat dengan sama-sama semua kepimpinan,” katanya lagi. Sumber dari www.kalamperantau.wordpress.com

Wednesday, November 18, 2009

EKSPIDISI PEMUDA KUANTAN BERJAYA CAPAI MATLAMAT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuantan dan Jabatan Amal Kawasan telah mengadakan Ekspidisi bermotor pada 14-15 Nov 2009. Program ini bermula dengan gotong royong di masjid Al-Fattah kemudiannya menyampaikan bantuan ke Kg Batu 3, Kg Kurnia, Kg Belukar, Kg Razali, Kg Ubai, Kg Cheruk Paluh,Kg Sepat dan Kg Penur. Pada malamnya para peserta bermalam di Pusat Pendidikan Islam An-Nuur, Kg Kuala Penur .
Pada 15 Nov DPP Kawasan dan Jabatan Amal telah mengadakan gotong royong membersihkan kubur Kg Cempaka. Selepas itu rombongan menuju ke Taman Kempadang Permai untuk menyampaikan sumbangan kepada seorang remaja yang telah ditimpa musibah kemalangan di Kg Cempaka minggu lepas. Kemudian rombongan menuju ke surau Pasir Putih Peramu untuk makan tengahari dan majlis berakhir di situ





Peserta sedang bergotong royong di sekitar
Masjid Al-Fattah, Batu 3 Kuantan
Program XPDC kebajikan Amal ini telah dirasmikan oleh
Sdr Razali Mohd Ramli ( Setiausaha Pas Kawasan Kuantan )
Peserta berhimpun di Masjid Al-Fattah sebelum bertolak
menyampaikan sumbangan
Menyampaikan sumbangan di Kampung Batu 3
Menyampaikan sumbangan kepada warga emas di Kg Kurnia
Mengelilingi kampung mencari mereka yang tidak bernasib baik
Ahli Jabatan Amal meredah lopak-lopak air hujan dan air longkang untuk
menyampaikan sumbangan di Kg Belukar
Ust. Fadhli mewakili DPP dan Jabatan Amal menyampaikan
sumbangan
DPP kawasan dan Jabatan Amal menziarahi Ayah Man yang uzur
dirumahnya Kg Belukar
Rombongan Jabatan Amal menziarahi seorang ahli Pas yang ditimpa musibah
di Kampung Razali
Rombongan XPDC mula bergerak menuju ke Kampung Ubai
selepas solat zohor di Masjid Penjara Penur
Rombongan makan tengahari di Kampung Ubai setelah solat zohor
di Masjid Penjara Penur.
Tugas bermula....Ahli Jabatan Amal bergotong royong
di Markaz Pas Kg Ubai.
Ust Sharuddin Mohd (Naib Ketua Pemuda Pas Kuantan) menyampaikan bantuan
kepada penduduk kampung Cheruk Paluh
Pengarah program Encik Nawi Abdullah mengetuai rombongan semasa
menyampaikan bantuan di Kg Cheruk Paluh
Riadhah...bermain futsal dengan anak-anak yatim di Permata Camar.
Rombongan makan pagi di Permata Camar sebelum bertolak ke tanah perkuburan Kampung Cempaka
Jabatan Amal Kuantan dan pelajar Pondok An-Nuur sedang membersihkan
kubur
Keletihan....masih sempat melayan tetamu walaupun letih
bergotong royong
Ahli Jabatan Amal Kuantan bergambar selepas membersihkan kubur
Kampung Cempaka, jln Pantai Sepat yang terletak di lorong Cempaka 5.
Ust Fadhli menyampaikan hamper kepada mangsa kemalangan di
Taman Kempadang Permai. Selepas itu rombongan berdoa beramai-ramai semoga Allah
menyembuhkan beliau dari musibah yang menimpanya

Sunday, November 15, 2009

PASTI PERAMU BERJAYA MENGADAKAN IHTIFAL.




Pasti Ar-Rahman Kampung Peramu telah berjaya mengadakan ihtifalnya pada 15 Nov 2009 di Pusat Tarbiyah Islamiyyah Peramu (PUTIP).Ihtifal tersebut telah dirasmikan oleh Ust. Fadhli Ibrahim selaku Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuantan.

Sebelum daripada ini, Pasti Ar-Rahman juga telah membantu untuk mengharumkan nama Pasti Negeri Pahang, iaitu pada tahun 2007 adik Nur Afikah Syahirah Bt Ahmadi menjadi pelajar terbaik pelajar Pasti bagi seluruh Negeri Pahang kategori 5 tahun. Manakala Adik Imaduddin bin Asmadi telah dipilih mewakili Pasti Negeri Pahang dalam perlawanan bola sepak.

Manakala Pada tahun ini sekali lagi pelajar Pasti Ar-Rahman membantu Pasti Negeri Pahang di Kelantan baru-baru ini apabila adik An-Nur Sofea Zabri mendapat tempat ketiga dalam bacaan Bahasa Malaysia.

Apapun Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuantan mengucapkan tahniah kepada guru-guru dan pihak yang mentadbir Pasti Kg Peramu kerana telah melahirkan pelajar-pelajar yang soleh dan solehah.

Friday, November 13, 2009

Rasuah: Pendedahan terbaru Ahli Parlimen PKR


Teks Ucapan Debat Bajet oleh YB Wee Choo Keong, Ahli Palimen Wangsa Maju, pada 5 hb November 2009.

Tuan Yang di-Pertua,

Saya berdiri untuk mengambil bahagian dalam debat Bajet 2010.

Saya menyokong slogan “RAKYAT DIDAHULUKAN” yang disarankan oleh PM. Akan tetapi, nampaknya ia adalah satu slogan kosong sahaja kerana campurtangan oleh “UMNOputras” dalam pentadbiran Kerajaan termasuk DBKL.

Contoh: Danau Kota Uptown Pasar Malam di Wangsa Maju

Adanya 500 penduduk di kawasan Danau Kota, Wangsa Maju telah menandatangani satu petisyen untuk menentang terhadap Pasar Malam Danau Kota Uptown di Wangsa Maju di mana ia beroperasi setiap malam dari 10 malam hingga 4 pagi berhampiran dengan kawasan perumahan. Jam operasi ini adalah tidak pernah didengar dalam masyarakat tamadun mana-mana kecuali “Boleh Land” ini. Petisyen itu telah diserahkan kepada Datuk Bandar KL pada Julai 2009. DBKL bukan setakat tidak mengambil tindakan untuk memindahkan pasar malam dari kawasan perumahan, dalam masa kini, DBKL telah meluluskan 30 gerai tambahan untuk UMNOputras. Adakah ini in line dengan slogan BN “Rakyat Didahulukan”? Saya diberitahu bahawa UMNOputras ini telah menyewakan 30 gerai-gerai tambahan ini dengan sewaan RM1,000 setiap bulan. Tukarlah slogan ini kepada “UMNOputras DiDahulukan”.

Tuan Yang di-Pertua

Pasar Malam yang beroperasi sehingga 4 pagi dalam satu kawasan perumahan adalah tidak boleh diterima kerana ia telah menyebaban pelbagai gejala sosial. Indeks jenayah juga telah meningkat di Wangsa Maju. Ia menyebabkan kesesakan lalu lintas. Kereta-kereta diletak di depan gate rumah menyebabkan masalah akses kepada penduduk. Ia juga menyebabkan pencemaran bunyi (bising – gangu kacau dan sebagainya) “noise pollution” di kawasan itu. Fakta semua ini telah menyebabkan harga rumah di kawasan Danau Kota jatuh dengan banyak.

Saya ada terima banyak aduan dengan masalah dengan penjaja meletakkan kerusi dan meja di atas jalan awam di mana ia telah menimbulkan banyak masalah di Wangfsa Maju dan juga mengacam keselamatan awam. Sudah ada satu contoh yang ketara di Selangor beberapa tahun lepas dimana orang awam di langgar dengan kereta dan mati. Saya berharap DBKL mengambil tindakan dengan segara diatas perkara ini unutk kepentiongan orang awam.

Dengan melihat kesan tak sensitif oleh DBKL terhadap penduduk-penduduk di Danau Kota, slogan “Rakyat DiDahulukan” adalah satu slogan kosong.

Tuan Yang di-Pertua,

Mungkin Datuk Bandar tidak berani untuk mengambil tindakan kerana UMNOputras adalah dalang sebaliknya. Saya tahu bahawa Datuk Shafie Abdullah, setiausaha politik PM selaku Menteri Kewangan, yang sangat aktif dengan pentadbiran seharian DBKL. Saya diberitahu bahawa dia adalah de facto Datuk Bandar KL.

KERUSI DAN MEJA DI LETAKKAN ATAS JALAN RAYA

Saya ada menerima banyak aduan mengenai dengan kerusi dan meja di letakkan atas jalan raya dan tiada tindakan diambil oleh DBKL. Kegiatan ini mesti dihentikan dengan segara kerana ia menimbulkan banyak masalah kesesakan jalan raya dan menjejaskan keselamatan orang awam. Kita sudah ada bukti di Selangor bahawa orang awam telah dilangar oleh kereta dan mati.

Walaubagaimanapun, saya berharap bahawa Menteri Wilayah Persekutuan yang baru memberi penjelasan apakah tindakan untuk kepentingan rakyat akan diambil oleh DBKL untuk memindahkan pasar malam ini ke tempat lain yang jauh daripada kawasan kediaman dan kes kerusi danmeja telah diletakan di atas jalan raya.

Tuan yang di-Pertiua,

Datuk Shafie Abdullah, Setiausaha Politik Kepada PM

Saya mesti menarik perhatian PM melalui Dewan Yang Mulia ini bahawa kelakuan Datuk Shafie Abdullah adalah bertentangan dengan kepentingan PM dengan bercampur tangan dengan pentadbiran seharian DBKL. Saya ingin menanya samada YAB PM ada memberi arahan kepada Datuk Shafie untuk mentadbir DBKL secara langsung atau tidak langsung untuk menjadikan Datuk Ahmad Fuad, Datuk Bandar KL sebagai seorang “puppet”nya.

Nampaknya Datuk Shafie ada banyak “free time” untuk memain politik di DBKL dan kawasan Wangsa Maju dan kawasan lain. Saya tahu dia memain politik “on the ground” kerana dia ada niat menjadi popular supaya dia mencapai matlamatnya untuk menjadi Menteri taka lama lagi. Dia memang amat ambitious seperti Norza, bekas Setiausaha Politik Menteri Kewangan yang telah di tuduh di Mahkamah di Pahang kerana rasuah.

Saya berharap Datuk Shafie Abdullah, seorang UMNOputra, sila mengambil perhatian kedudukan sekarang sahabat karibnya, Norza.

MR “POLITICAL TOLL”

Saya telah dapat banyak “rumours” terhadap Datuk Shafie ini. Dia amat berkuasa kerana kedudukannya sebagai setiausaha PM selaku Menteri Kewangan. “This “Mr Political Toll” has been dropping PM name every corner of Malaysia.”, dengan izin.

Dia telah dapat satu gelaran yang hebat dan sesuai iaitu “MR POLITICAL TOLL”. Saya tak faham apa maksud “MR POLITICAL TOLL”. Toll jalan, saya faham! POLITICAL TOLL, saya tak faham. Samada maksud “Toll” ini adalah kutipan Toll untuk perjalanan ke pejabat PM atau Menteri Kewangan? Kemungkinan YAB PM lebih faham atau teliti mengenai apa maksub gelaran “MR POLITICAL TOLL” yang telah dianugerahkan kepada Setiuasahanya, Datuk Shafie!.

Saya ingin memberi amaran kepada Datuk Shafie jangan bermain politik di DBKL – hand off DBKL let the officers do their work without interference. Keep your “Political Toll” to Kementerian Kewangan dan Pejabat Perdana Menteri. DBKL adalah untuk menjaga kepentingan wargakota di Wilayah Persekutuan dan bukan kepentigan politik “Mr Political Toll”, Datuk Shafie Abdullah.

Saya ingin memberi satu contoh yang amat jelas terhadap percampuran tangan dengan pentadbiran harian DBKL oleh Si Political Toll ini (Datuk Sahfie Abdullah). Pengawai tinngi telah berjanji untuk mengambil tindakan terhadap struktur haram yang dibina oleh Restoran Rashatini di Seksyen 2, Wangsa Maju. Gerai penjaja ini adalah dibina di atas tanah kerajaan tanpa kebenaran dan telah menduduki atas kaki-lima (pavement) dengan tiada ruang untuk orang awam berjalan. Gerai itu memlebihi 10 kaki x 30 kaki yang dibenarkan dibawah undang-undang kechil DBKL. Saya telah diberitahu oleh pegawi tinggi DBKL bahawa DBKL tidak boleh mengambil apa-apa tindakan sehingga DBKL dapat kebenaran daripada Mr Political Toll ini. Hebatnya kuasa Mr Political Toll ini sampai pegawai tinggi DBKL pun takut kepada dia.

Kerana campur tangan politik “poltical interference” oleh Mr Political Toll sehingga hari ini (sudah 5 bulan) tiada apa-apa tindakan diambil oleh DBKL terhadap struktur haram tersebut.

Tuan Yang Di-Pertua,

Berani saya cakap dengan terus terang bahawa “the 4th Floor Syndrome” masih wujud di Pejabat Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan. Saya fikir bahawa “4th Floor syndrome ini wujud pada zaman Kerajaan “Tertidur” sahaja. Saya berharap PM mengambil perhatian terhadap “Mr Political Toll” ini dan kuncu-kuncunya.

Tuan Yang di-Pertua,

Saya bersetuju dengan PM semasa beliau menyatakan bahawa “Kerajaan meikul tanggungjawab besar untuk memastikan bahawa hasil Negara dinikmati oleh seluruh rakyat secara adil dan saksama.”

Tuan Yang di-Pertua,

Pentadbiran Suruhanjaya Sekuriti

Unico Holding Bhd (UHB) telah ditubuhkan untuk masyarakat orang Tiong Hua tetapi sarikat ini telah dipergunakan oleh pengrahnya, Tan Sri Ngan Ching Wen an kuncu-kuncunya iaitu, Teoh Hock Chai @ Tew Hock Chai, Dr Yeong Cheong Thye @ Yeong Yun Chai, Lim Guan Teik untuk kepentingan mereka sendiri. Mereka telah mengabaikan masyarikat orang Tiong Hua. Mereka mengunakan pelbagai taktik-taktik perniagaan kotor dan Unico Holding telah dijadikan sebuah syarikat persendirian Tan Sri Ngan Ching Wen dan kuncu-kuncunya.


Mereka ini adalah “corporate crooks” yang mesti di “flushed out from our corporate world” to protect members of the public from being cheated by these corporate crooks, dengan izin.

Tan Sri Ngan Ching Wen

Semenjak pertubuhan UNICO Holding Bhd, Tan Sri Ngan Ching Wen selaku pengarah dari tahun 2000 hingga 2002 selepas diiystiharkan sebagai seorang bankrupt, sehingga sekarang, telah melanggar beberapa undang-undang termasuk (i) Section 132 (1) Akta Syarikat 1965 dengan tidak melaksanakan kewajipan untuk kepentingan yang terbaik untuk Unico Holding Bhd, susidiarinya and syarikat-syarikat berkaitannya telah melanggar kewajipan fidusiarinya terhadap Unico Holding Bhd, (ii) mengambil tindakan untuk memudaratkan kepentingnan minoriti di Unico Holding Bhd (iii) memasuki beberapa transaksi-transaksi parti berkaitan yang tidak dikemukakan kepada penguatkuasa dan (iv) melanggar beberapa kesalahan-kesalahan termasuk insider trading melanggari Capital Market and Services Act 2007.

Contoh yang amat jelas:

Projek Di Xi-an Negara People Republic of China

Deposit Sungguh-sungguh (Earnest Deposit) / Pelanggaran Amanah Jenayah (Criminal Breach of Trusts)

Pada 18.9.2009, ia adalah didedahkan dalam mesyuarat umum tahunan Unico Holding Bhd bahawa Tan Sri Ngan Ching Wen telah mendapatkan satu pinjaman daripada Unico Holding Bhd, menerusi subsidiari Unico Holding Bhd iaitu Shanghai Orchid Garden Properties Development Co. Ltd berjumlah RMB10 juta dengan alasan untuk membayar deposit untuk mendapatkan satu projek pembagunan di Xi’an untuk Unico Holding Bhd.

Tan Sri Ngan telah melanggari undang-undang dengan mendapatkan satu pinjaman peribadi daripada syarikat dan seterusnya, sampai sekarang, deposit tersebut itu adalah tidak dapat dikesan dan dana itu telah disalurkan kepada satu syarikat yang dikawal oleh Tan Sri Ngan Ching Wen di Hong Kong, iaitu, Group 5 International Investment Ltd (“Group 5”). Pengarah-pengarah Group 5 adalah Tan Sri Ngan Ching Wen, Lim Guan Teik and Yeong Cheong Thye. Ini adalah satu kesalahan “criminal breach of trust”.

Saya juga difahamkan bahawa penipuan dan pelanggaran undang-undang yagn telah dilaporkan kepada Suruhanjaya Sekuriti tetapi sehingga kini tiada apa apa-apa tindakan diambil. Inikah “Rakyat DiDahulukan” oleh Kerajaan “1 Malaysia”? Saya berharap bahawa YAB PM selaku Menteri Kewangan boleh memebri penjelasan apakah tindakan akan diambil oleh Suruhanjaya Sekuriti terhadap “corporate crooks” terebut demi menjaga kepentingan pemengang saham kecil di dalam Negara.

Kami menyeru pihak pihak berkuatkuasa, termasuk polis, Securities Commission dan Surahanjaya Syarikat Malaysia untuk mengambil tindakan trhadap “corporate crooks “ tersebut dengan segara. .

Tuan Yang di-Pertua,

Bagaimana kekayaan Negara dapat dinikmati oleh rakyat dalam keadaan yang adil dan saksama semasa dana Negara adalah dipersalahgunakan dan disedut keluar oleh individu atau syarikat-syarikat menggunakan dokumen yang tidak sah?

Ministry of Science, Technologies and Innovations

TechnoFund – Venturepharm asia Sdn Bhd

Sebagai contoh, Kementerian Science, Technologies and Innovation (MOSTI) semasa berurus dengan TechnoFund juta-juta Rnggit telah diagihkan dengan tiada kawalan kepada syarikat penyelidikan palsu. Venturepharm Asia Sdn Bhd (Venturepharm), satu syarikat yang dimiliki dan dikawal oleh Madam Grace Chen Oyan Yun Shai, yang berasal dari Taiwan. Venturepharm menggunakan satu perjanjian palsu yang telah ditandatangani dengan XLW Inc di USA untuk membuat penyelidikan bio-feed. XLW Inc adalah tidak wujud. Dengan tiadanya proses pencarian dan siasatan yang sewarjanya, MOSTI telah memluluskan Technofund berjumlah RM5.36 million kepada Ventruepharm. Dalam tempoh satu tahun, MOSTI telah membayar sejumlah RM2.3 million dengan tiada “due diligent”.

Saya telah memberi semua maklumat-maklumat yang terperinci termasuk Joint Venture agreement, emails dalam sessi Parlimen terdahulu berkenaan penipuan Venturepharm dan juga telah memberi bukti-bukti dokumen kepada Menteri MOSTI, sehingga sekarang, MOSTI belum mengambil apa-apa tindakan untuk mendakwa pengarah-pengarah Venturepharm atau mengambil apa-apa tindakan untuk menuntut wang rakyat sejumlah RM2.3 million yang ditipu oleh Grace Chen Oyan Yun Shai.

Apakah tindakan akan di ambil oleh MOSTI terhadap pengarah Venturepharm ia itu Grace Chen Oyan Yun Shai?

Tuan Yang di-Pertua,

Venturepharm Asia Bhd dan Madam Chen Oyan Yun Shai bukanlah menipu MOSTI sahaja ia juga ada terlibat dengan Kementerian Pelancongan.

Saya menyeru Menteri Perlancongan untuk memberi penjelasan:

Memandangkan pembantu peribadi terdahulu Menteri, iaitu Madam Ivy See adalah seorang pengarah eksutif Daley PR, adakah ia mempunyai satu conflict of interest terhadap Menteri semasa memberi kontrak pengiklanan kepada Daley PR untuk kerja-kerja pengiklanan di China?
Apakah alasan-alasan tender pertama Malaysian Pavilion Project dibatalkan selepas Menteri mengambil jawatan sejak April 2009?

Apakah alasan-alasan sementara akhir bulan June 2009 Venturepharm telah dianugerahkan dengan kerja pembinaan Malaysian Pavilion di mana ia tidak mempunyai rekod dalam kerja pembinaan semasa Venturepharm telah didedahkan di Parlimen dengan terlibat dengan penipuan MOSTI untuk mendapatkan TechnoFund?

Adakah ia mempunyai apa-apa perbezaan (variation order) dengan jumlah RM10 to 20 million untuk Malaysian Pavilion project?
Sekian, terima kasih.

Nota:

Kerana masa tidak cukup, Speaker telah hadkan masa 12 minit untuk saya mengucap. Ada banyak isu-isu penting tidak boleh di bahas. Saya akan bahawa isu-isu yang belum di bahas kepada peringkat Perbahasan Jawantkuasa Parlimen dalam tempoh dua minggu lagi. Terima kasih. ( Sumber dari www.utaraonline.net )

PEMUDA...TURUNLAH..

Tindakan Dewan Pemuda Pas Pusat (DPPP) mengambil langkah proaktif `turun padang` segera bagi mengenalpasti kelemahan dan punca golongan muda kurang berminat menyertai parti itu, amatlah bersesuaian, tepat pada masanya dan dialu-alukan.

Ini membuktikan PAS ‘tidak pekak’ dengan data dan hasil kajian yang dikemukakan oleh Dr Abu Hasan Hasbullah yang menggambarkan betapa PAS terlalu kurang diterima oleh anak-anak muda.

Kita faham, bagi menangani golongan muda bukan semestinya urusan dan dibebankan kepada Dewan Pemuda semata-mata bahkan perlukan gembelengan semua entiti dalam parti, namun oleh kerana gongan sasar iaitu ‘muda’ maka sudah tentulah Pemuda sendiri yang lebih aula

Menurut laporan media hari ini, ketuanya, Nasruddin Hassan Tantawi berkata, langkah itu adalah susulan hasil kajian Pensyarah Universiti Malaya, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah yang dibentangkan pada Seminar Memperkasakan Parti, Sabtu lalu bahawa parti itu kurang mendapat tempat di hati generasi muda.

Dalam seminar tersebut Dr Abu Hasan Hasbullah menyebut, PAS disokong oleh golongan muda dari umur 21-30 adalah 63 orang, berbanding yang melawan PAS seramai 633 orang; umur 31-40 pula yang menyokong PAS adalah 181 orang, berbanding yang melawan PAS seramai 519 orang.

Mungkin itu satu kajian, namun tidak salah untuk diamati dan diperhalusi.

Nasruddin sendiri berkata, meskipun itu adalah satu kajian persepsi yang diambil daripada sejumlah responden tetapi DPPP sebagai salah satu sayap parti, tidak memandang ringan perkara ini. Sehinggalah jika kelemahan itu dapat dikenal pasti, barulah dapat ditentukan bentuk program yang sesuai selari dengan kehendak generasi muda kini, katanya.

Memang terdapat kebenaran kepada dakwaan Nasruddin itu kerana tidak syak lagi golongan berkenaan yang juga disebut saluran 3 & 4, merupakan pengundi teramai pada PRU akan datang dan seterusnya.

Maka sudah semestinya mereka ini perlu dihampiri secara ‘personal contact’ kerana pertama, mereka perlu didedahkan dengan perjuangan PAS yang selama ini difahami melalui media musuh.

Kedua, lazimnya golongan muda ini bersifat ‘pemberontak’ dan ‘anti-establishment’ iaitu menyongsang arus aliran kerajaan. Cuma mereka perlukan bimbingan dan tunjuk ajar PAS sendiri.

Ketiga, Umno/BN mendekati golongan muda dengan program-program yang kebanyakannya merosakkan golongan tersebut, justeru jika dibiarkan permasalahan sosial dan wabak negatif itu berleluasa tanpa kekangan kelak akan terus merosakkan negara dan anak pribumi ini yang juga pewaris negara masa depan. Jadi menyelamatkan mereka bererti menyelamatkan negara.

Langkah DPPP mengadakan pertemuan secara tertutup selama kira-kira dua jam bersama Pensyarah Undang-Undang, Prof Dr Abdul Aziz Bari di Ibu pejabat Pas Pusat, sebelum ini, juga dianggap tepat ke arah memperkasa parti dan memperkukuhkan hubungan dalam Pakatan Rakyat.

Pertemuan ini adalah lanjutan daripada seminar tempoh hari. Kita wajar mendengar dan mendapat penjelasan lanjut asas-asas kritikan dan teguran yang dilemparkan Aziz dalam tulisannya sebelum ini.

“Pertemuan ini adalah satu bentuk tindakan yang diambil oleh Dewan Pemuda Pas sejurus selesai seminar tempoh hari bagi melaksanakan beberapa tindakan susulan yang perlu diambil secara pro aktif terutama hasil kajian Dr Abu Hasan Hasbullah,” katanya di mana selepas ini DPP akan terus menemui pakar-pakar kajian seperi Profesor Dr Aus Yusof..

PRU akan dating hanya tinggal 2 tahun sahaja atau kurang daripada itu, maka tindakan DPPP dirasakan melakukan permulaan yang betul. Malah bukan DPPP sahaja, kita harap semua pendokong dan penyokong PAS daripada sekarang, jika tidak mahu sejarah 2004 berulang kembali. ( Artikel Putera Semantan dalam www.sidangonline.net )

Wednesday, November 11, 2009

Tiada Bai'ah Jatuh Talak Tiga Jika Keluar Parti

ALOR SETAR, 11 Nov (Bernama) -- Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata tiada amalan bai'ah yang menyatakan bahawa akan jatuh talak tiga sekiranya wakil rakyat Pas di negeri ini keluar parti.

Azizan yang juga pesuruhjaya Pas Kedah berkata, sepertimana wakil rakyat lain, mereka memang ada melakukan bai'ah untuk taat setia kepada kepimpinan parti, tetapi tidak pernah ada bai'ah cerai talak tiga sekiranya mereka beralih ke parti lain.

"Saya memang bai'ah lama dah...untuk taat setia kepada kepimpinan kami (Pas), tak mau khianat perjuangan, berkorban apa sahaja.

"Sama macam pegawai kerajaan, macam Menteri Besar angkat sumpah depan raja, tanda hormat kepada perlembagaan," katanya ketika ditemui pemberita, di sini pada Rabu.

Beliau mengulas pendedahan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mengenai wujudnya amalan bai'ah di kalangan calon wakil rakyat parti itu bahawa akan jatuh talak tiga kepada isteri masing-masing sekiranya keluar parti.

Azizan berkata perkara berkenaan sepatutnya tidak perlu dibesarkan kerana ia belum tentu ada (berlaku) dan perlu dibuktikan siapa yang telah melakukannya (bai'ah jatuh talak tiga) terlebih dahulu.

"Yang ada dalam undang-undang Malaysia ialah lafaz taklik semasa angkat nikah, sekiranya isteri ditinggalkan empat bulan tanpa nafkah, jatuh talak satu, kenapa yang tu tak bising? dahla kena tinggal, jatuh talak pula.

"Hat ni belum tentu apa, riuh rendah pasai apa? masalah sekarang ni cuba buktikan tengok siapa yang buat?," katanya.

Monday, November 9, 2009

SEMINAR DI IBARAT GULAI YANG PERNAH DI MAKAN


Exco Dewan Ulama PAS, Zolkharnain Abidin al-Hafiz mengibaratkan seminar politik PAS sabtu lalu seperti "gulai yang pernah dimakan sebelum ini".

"Kalau tiada (Prof) Dr Abdul Aziz Bari dan Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah, tiada yang baru kepada seminar itu, kecuali mengulangi komitmen lama yang memang telah diketahui umum," tulis bekas exco Pemuda PAS itu dalam blognya semalam.Menurutnya, sebahagian pembahas dikuasai emosi termasuk seorang pembahas dari kalangan ahli jawatankuasa PAS Pusat.

"Istilah 'tidak mahu tengok muka', rasanya kurang manis diungkapkan di hadapan tetamu seperti Aziz Bari. Kita menjemputnya, kemudian kita 'tidak mahu tengok muka'nya," tulis beliau yang juga bekas ADUN Santan, Perlis."Benar, presiden perlu dibela apabila ada usaha mencemarkan wibawanya, tetapi rasanya bukan begitu.

Bela dengan hujah dan fakta, bukan dengan serangan melulu. "Kalau Aziz pernah menyerang presiden dengan serangan yang 'kita sukar menerimanya', itu terpulang kepadanya. Dibimbangi, bukan serangan itu yang menjejaskan Presiden, tetapi pembelaan sembrono yang akan menjatuhkan reputasinya."Kata orang Melayu, 'sokong yang membawa rebah'," tulis Zolkharnain yang juga ketua penerangan PAS Padang Besar, dalam blognya itu.

Tiada penegasan menyakinkanDi samping itu, katanya, beliau dan rakan-rakannya menyertai seminar itu dengan harapan yang menggunung, tetapi sebaliknya penegasan baru yang lebih menyakinkan - bukan ahli PAS sahaja tetapi juga penyokong PAS."Penegasan melalui ucapan dan resolusi sahaja dalam menangani isu yang selama ini menghantui PAS tidak memadai. Itu sudah berulang kali dibuat."Apa yang saya maksudkan dengan penegasan meyakinkan ialah penegasan dalam bentuk tindakan seperti pecat, gugur, amaran dan sempamanya.
"Penegasan yang boleh menimbulkan kewaspadaan dan kegerunan kepada mana-mana pemimpin atau ahli yang 'menyiram, membaja atau mengairi' kembali isu yang menjadi agenda seminar itu."Saya ingin mendengar penegasan itu dalam ucapan penutup presiden, tetapi saya pulang dengan hampa," tulis Zolkharnain.Beliau juga berpendapat tidak perlu bagi pengerusi jawatankuasa disiplin PAS turut serta dalam forum bersama Abdul Aziz dan Dr Hassan bagi mengimbangi pandangan mereka yang agak kritikal terhadap PAS.

"Bagi saya itu tidak perlu kerana banyak pembahas yang bakal mengimbangi pandangan kedua-dua penalis itu."Tuan Ibrahim adalah pengerusi jawatankuasa disiplin. Keberadaannya di situ boleh mengganggu tugasnya. Bayangkan kalau ada ketika itu pembahas yang mempersoalkan orang yang bakal disiasat, apa sikapnya?"Samada dia mengulasnya atau tidak, persepsi sebahagian audiens terhadapnya bakal serong," katanya yang juga bekas exco Dewan Pemuda PAS pusat. ( Sumber dari www.malasiakini.com )

Sunday, November 1, 2009

Jabatan Amal Pahang hantar wakil ke Jambori Amal Pringkat Kebangsaan di Sabak Bernam Selangor

Pintu gerbang tapak perkhemahan kontigen amal negeri Pahang di
Sg Nibong, Batu 23 Sabak Bernam Selangor.
Khemah kontigen Amal Pahang runtuh disebabkan hujan lebat.
Kontigen Pahang diketuai oleh Abdul Aziz Kamali (tidak berbaju)
bergotong royong memulihkan khemah yang runtuh
Pembarisan kontijen Amal Pahang, bersiap menghadapi cabaran.
Peserta nasyid daripada negeri Pahang
Tersergam indah...Markaz Pas Kawasan Sabak Bernam
Kontigen Amal Negeri Pahang sedang bergotong royong membersihkan
Markaz Pas Kawasan Sabak Bernam
Peserta kontigen Pahang yang mengambil bahagian dalam acara tarik tali
sedang membuat persiapan terakhir sebelum berentap dengan Pasukan Negeri Kedah

Sheikh Anuar Abd Majid mengemudi pasukan pahang dalam acara
tarik tali.
Yb Tuanguru Hj Abdul Hadi Awang berucap di penutup program
Jambori Amal Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Kg Sungai Nibong
Sabak Bernam, Selangor
Ust Nasruddin Hassan At-Tantawi sedang berucap semasa
program penutup Jambori Amal peringkat kebangsaan
Perbarisan terakhir...anggota jabatan amal sedang mendengar amanat dari
Yb Tuanguru Presiden Pas Pusat

Sajeri Jenemun... Salah seorang veteran Kontigen Jabatan Amal Pahang
turut menyertai pembarisan Amal