Thursday, April 21, 2011

FADHLI IBRAHIM KETUAI PEMUDA KAWASAN KUANTAN

Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuantan telah mengadakan mesyuarat agungnya untuk kali -27 di Markaz Pas Taman Guru baru-baru ini. Lebih kurang 100 orang pemuda di peringkat cawangan hadir untuk menjayakan mesyuarat tersebut.

Kepimpinan diperingkat pemuda Pas Kawasan Kuantan berlaku perubahan apabila Sdr Mohd Fadzil Ilyas (Timbalan Ketua Pemuda Pas) tidak bertanding kerana faktor usia. Ust Fadhli Ibrahim masih lagi diamanahkan sebagai ketua DPP kawasan, manakala timbalan ketua pemuda diamanahkan kepada Ust Sharuddin Muhammad yang sebelum ini merupakan Naib ketua Pemuda dan Naib ketua Dpp yang baru diamanahkan kepada Ust Ahmad Arif Zulyadain dari cawangan Pusat Bandar.

Ahli Jawatankuasa disandang oleh : Sdr Helmi Ismail (Caw Batu 3), Ust Mohd Zaki Zulkafali (Caw Kuala Penur), Sdr Sazali Md Saad (Caw Kg Kurnia),Sdr Khairul Nizam (Caw Kg Kurnia), Syed Roslan (Caw Sg Isap 3), Mohd Ihsan Nordin (Kg Sungai Isap), Zubir Razak (Kg Sungai Isap 2 ), Muaz bin Razak ( Kg Sg Isap 2) dan Sdr Muhammad Rifin (Caw Tanah putih Baru).

Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Ybhg Ust Ilyas Muhammad (Ketua Dewan Pemuda Pas Jerantut) manakala pemerhati daripada Pemuda Negeri ialah ust Khairul azmi (Ketua Dewan Pemuda Maran)

Saturday, April 2, 2011

PEMUDA PAS KUANTAN GEMPUR PARLIMEN KUANTAN DENGAN PROGRAM KEBAJIKAN

Peserta konvoi bergotong royong memunggah beras keatas lori
untuk diagihkan kepada masyarakat yang memerlukan
Peserta konvoi berdaftar dengan saudara Zubir Razak

Peserta konvoi bersiap sedia untuk berkonvoi

Lokasi pertama yang disinggahi ialah cawangan
Sg Isap
Peserta Konvoi berhenti chek point di jambatan tanjung Lumpur
Mengiringi Ust Rosli Abdul Jabbar (Ydp Pas Kawasan Kuantan)
mengagihkan beras dan keperluan asas dapur
Ust Rosli Abdul Jabbar sedang mengagihkan bantuan kepada
penduduk di sekitar Kg Tanjung Lumpur
Sebuah rumah yang masih lagi tidak punyai letrik, dalam DUN
Tanjung Lumpur kawasan Exco Kerajaan Negeri Wan Adnan
Bersama Hj Bahrin sebagai penunjuk Arah di Kg Peramu
Peserta konvoi menunaikan tanggungjawab perut
Menunaikan solat zohor berjemaah setelah makan tengahari
di surau Ar-Rahman
Bergambar dihadapan Surau Ar-Rahman Peramu
Pemuda-pemuda yang setia menunggu
Bantuan kepada seorang makcik di Kg Soi
Isa...bawak motor mesti tengok ke depaaan...nanti masuk dalam
somak...

Menunggu pimpinan agih sumbangan dari rumah ke rumah
di Kampung Sg Soi
Keluar hutan, masuk hutan mengagihkan sumbangan kepada
masyarakat
Berehat menghilangkan penat di Masjid Sg Soi
Tuan Sheikh menjamu peserta konvoi yang sampai ke rumahnya
di Kampung Semangat
Ust Fadhli bertanya khabar Ajk PAS Cawangan
Kg Semangat
Perjalanan dari Kg Selamat menuju ke Masjid Al-Fattah.
Berhenti di bahu jalan....ada motor rosak
Peserta konvoi menamatkan perjalanan mereka di
masjid Al-Fattah BT 3.

Friday, April 1, 2011





SAHABAT-SAHABAT PEMUDA BERGOTONG ROYONG MEMUNGGAH
BERAS KE ATAS LORI