Monday, May 31, 2010

HAI ORANG-ORANG PAS...INI BUKTI UMNO BELA ORANG MELAYU


Politik balas dendam dan nafsu jahat para pimpinan UMNO Pahang rupanya tidak berakhir atas pentas politik. Sikap rakus dan jamban inilah yang menjadi anutan mereka terhadap musuh politik mereka tanpa menyedari bahawa politik ala zaman batu itu makin dibenci rakyat.

Sewaktu sambutan Aidilfitri tahun lepas, saya telah dimaklumkan oleh Pegawai MARA Daerah Rompin, bahawa Kerajaan Pahang minta saya keluar dari pejabat premis MARA yang saya sedang sewa sekarang.

Untuk rekod, saya telah menyewa sebuah premis MARA untuk saya mula bertapak sebagai sebuah firma guaman sekitar tahun 2007, Tetuan Mohd Fadzli & Co. Pemilihan saya sebagai penyewa juga melalui saluran yang sah iaitu secara temuduga. Tiada kabel,tiada orang dalam. Saya diterima sebagai penyewa secara merit walaupun terdapat ramai penyewa lain yang turut memohon. Sebagai seorang yang baru mula mengenal erti dunia perniagaan dan bertatih, sudah tentulah mengharap sebuah premis mampu sewa seperti MARA.

Saya menyewa tanpa sebarang masalah. Sewa sentiasa berbayar. Tiada Tunggakan. Rekodnya cemerlang. Dulunya Arked MARA sunyi dan hampir tidak dikenali kalau tiada Pejabat Pos Rompin bermukim di sini. Bukan mendabik dada, tetapi selepas pejabat peguam saya mula beroperasi yang merupakan pejabat peguam pertama di Rompin, Arked MARA meriah sekali kalau tidak hingar bingar pun sesesak pasar malam chow kit.

Kini, UMNO peralatkan MARA untuk usir saya. Semua ini kerana saya bekas calon PAS dalam dua siri pilihanraya lalu. Ditambah perit pula bila saya sering memekakkan telinga pemimpin UMNO dengan berdiri secara terbuka mengecam kezaliman dan salah laku pemimpin UMNO dan Barisan Nasional di pentas-pentas Pakatan Rakyat. UMNO makin pedih bila saya mengheret perangai korup mereka ke Mahkamah. Kes Ketua Penerangan UMNO Rompin saman Dato' Jamaluddin Jarjis (Ketua UMNO Bahagian Rompin), Saman terhadap anak syarikat Kerajaan Pahang kerana lambat serah milik (late delivery), Saman terhadap Kerajaan Malaysia berhubung isu pelatih dirogol jurulatih dan pelatih mati dalam latihan, Saman terhadap Polis kerana menghalang ceramah di Muadzam Shah bersama-sama peguam Hanipa Maidin disamping membantu syarikat Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd yang menang saman RM6 juta terhadap Kerajaan Pahang adalah antara rentetan perangai jahat UMNO yang didedah di Mahkamah.

Saya ingin tegaskan, bahawa tindakan penyingkiran saya adalah kerana dendam kesumat politik kotor UMNO/Barisan Nasional. Ini adalah kerana, saya dimaklumkan Pegawai MARA Daerah dalam sambutan aidilfitri tahun lalu bahawa saya mesti mengosongkan premis sewaan saya dalam jangka masa segera. Pada hal pada ketika itu, tempoh penyewaan saya masih berbaki hampir satu tahun lagi. Saya tidak menyalahkan MARA dan kakitangannya. Tapi sifat dungu UMNO ini terserlah apabila saya dimaklumkan bahawa punca saya disingkir adalah kerana aduan pemimpin UMNO Bahagian Rompin kepada Menteri Besar. Namun setelah berkeras dan mencabar supaya MARA mengeluarkan surat penamatan pada ketika itu juga, MARA akhirnya memaklumkan saya bahawa saya boleh terus menyewa sehingga tamat perjanjian iaitu sehingga Ogos 2010. Walau apapaun jua yang dibuat, saya tetap tegaskan penyingkiran saya adalah kerana dendam kesumat UMNO pada saya!

Inilah UMNO, sebuah parti yang kononnya perjuangkan bangsa Melayu. Saya orang Melayu. Bumiputera. Anak jati Rompin. Warga Pahang tulen. Saya menyewa dengan sebuah agensi yang bercita-cita ingin membantu orang Melayu,Majlis Amanah Rakyat (MARA). Tapi apa sudah jadi. Saya bukan komunis, bukan penjenayah, tetapi dinafikan oleh bangsa sendiri.Semata-mata berlainan fahaman politik.

Sebenarnya, sikap busuk perut UMNO Pahang ini telah bermula apabila firma guaman lama saya Tetuan M.K Othman & Co yang telah berjaya menjadi peguam panel Unit Perumahan Kerajaan Pahang. Namun apabila mendapat tahu saya menjadi rakan kongsi pemilik M.K Othman & Co, Tuan Khairuddin Othman ( sekarang Setiausaha Perhubungan PAS Selangor), hanya dengan satu panggilan telefon menamatkan khidmat "panelship" dengan Kerajaan Pahang. Nasib yang sama menimpa rakan guaman saya, Tuan Iqbal Hamdi (bekas YB Kuala Pahang) apabila beliau bertanding atas kerusi PAS dan menang. Habis semua "panelship" beliau ditarik akibat perangai UMNO ini.

Saya mendapat dokongan teguh rakan-rakan peguam Pahang untuk terus berjuang dan memastikan UMNO/BN akan dikuburkan dalam Pilihanraya akan datang. Politik bodoh UMNO ini pasti akan ditertawakan oleh rakyat dalam konstituensi Duta Besar Malaysia Bertaraf Menteri ke Amerika Syarikat. Masyarakat di barat memandang tinggi Demokrasi yang subur di sana. Bukanlah niat saya untuk berkiblatkan mereka.
Tetapi sikap professional mereka dalam melayani musuh politik boleh disanjung. Selepas musim pilihanraya, semua pihak membantu bangunkan negara, tiada istilah balas dendam. Rakyat perlu bangkit untuk menolak budaya hina ini. Ambillah contoh negeri Pakatan Rakyat, carilah satu sahaja contohnya, sekiranya ada mana-mana yang tersingkir dri premis kerajaan kerana jadi calon BN...

Friday, May 28, 2010

PUTERI UMNO RELAKAN POLITIK SEKS

Orang kata, UMNO dah nak karam. Dah nak kojol. Dah nak gol. Dah nak bungkus. Itu kata orang. Betul tidaknya, belum pasti lagi. Tapi riak-riak perlambangannya sudah terpampang di depan mata.

Orang kata, UMNO dah nak karam. Dah nak kojol. Dah nak gol. Dah nak bungkus. Itu kata orang. Betul tidaknya, belum pasti lagi. Tapi riak-riak perlambangannya sudah terpampang di depan mata.

Di bawah ini contoh kemungkaran terbaru membabitkan UMNO. Sesudah bergelumang dengan politik wang buat kesekian lamanya, kini ada segelintir pemimpin UMNO mengamalkan politik seks. Mereka minta habuan seks daripada anggota Puteri UMNO yang perlukan pertolongan berkempen bagi jawatan di peringkat nasional.

Hakikat ini didedahkan oleh Sritribuana dalam komennya kepada posting di blog ini pada Rabu, 19 November 2008, bertajuk Kita Nak Tubuhkan Parti Politik Baru?

Sritribuana mengirimkan komennya pada jam 11.36 malam, 5 Disember 2008, seperti berikut:Dalam musim pemilihan, ada pemimpin UMNO yang hebat-hebat.

Apabila para Putri UMNO minta pertolongan dan bantuan berkempen untuk jawatan peringkat nasional, ada pemimpin yang menjawab: “tak kan tolong aje. You boleh bagi apa kat I?” Dengan ikhlas, para Putri akan jawab, tidak ada duit. “Duit I dah ada..” Apa yang mereka mintak dari remaja-remaja yang baru nak berjinak-jinak dengan UMNO, kalau tidak tubuh badan para remaja berkenaan? Ajak bercuti. Jangan ajak kawan. Ini bukan sketsa dogeng di zaman moden.

Ada kebenarannya. Tidakkah para Putri itu dari kalangan bangsanya sendiri? Sebab itulah kebanyakkan para Putri UMNO, lebih-lebih lagi yang terpelajar, apabila menghadiri seminar, perjumpaan di mana para pemimpin UMNO yang berapi-api berucap tentang bangsanya, mereka merasa jijik. - Sritribuana

Saya yakin komen di atas datangnya dari lubok kalbu Sritribuana sendiri. Ia adalah kisah benar yang sebenar-benarnya. Ia bukannya “sketsa dogeng di zaman moden.” Tetapi realiti kebobrokan UMNO yang hampir karam dengan kemungkaran, jenayah dan maksiat.

Saya cadangkan Sritribuana adukan kes rasuah seks ini kepada Jawatankuasa Disiplin UMNO. Itu pun kalau mereka percaya. Kalau tak, berilah perincian yang lebih mendalam kepada blog ini supaya boleh didedahkan seluas-luasnya.

Begitulah UMNO ketika ini. Politik wang menjadi-jadi. Kemungkaran kian meluas. Presidennya dikatakan asyik main politik ikut telunjuk menantu serta dalangnya. Bahtera perjuangan yang dah nak karam dibiarkan tanpa usaha membaikinya. Warga UMNO yang kian meluat ke mana akhirnya kesetiaan mereka?

Kata exco puteri UMNO Dati Ismalina menasihatkan mana pemimpin UMNO agar tidak menjadikan gadis - gadis puteri UMNO sebagai tempat untuk melampiaskan Nafsu serakah demi menawarkan sebarang penajaan keatas sesuatu pertandingan atau jawatan kepada Puteri UMNO kedalam Parti.....

Kata naib ketua puteri UMNO iaitu YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin mengingatkan ahli - ahli Puteri agar tidak menjadikan "batang tubuh" mereka sebagai modal untuk mendapatkn mana - mana jawatan dalam Parti...

kata penolong setiausaha PuteriUMNO BIBI SHARLIZA BT MOHD KHALID "Budaya politik seks harus di tangani dengan segera sebelum ianya jadi lebih parah"

LSS : Woiittt.........makcik Woitt..........kak bila nak tangani nya tu, Ya Allah dah parah baru perasan kerr.....kalau macam tu citernya agak dah "kenyanglah" ahli - ahli MT UMNO tu "meratah" awek - awek Puteri keh.... keh...keh.....
Woit...kak Woittt makcik ....Mana Dato Dr.Mashitah Ibrahim kiterr??? dia dah tahu pasal hal ni kerr belum??Kalau dia dah tahu apasal tak pengsan jerrkk....keh...keh....keh..... hua.....hua....hua......

http://amkshahalam.blogspot.com

http://www.pejuangpro-demokrasi.blogspot.com

"

Friday, May 21, 2010

BUNG RAYU ZETTI TURUT DI PENJARA BERSAMA


Hari ini, diceritakan yang Bung pergi merayu kepada Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur setelah menjatuhkan hukuman penjara sebulan ke atas dirinya seorang kerana berkahwin tanpa kebenaran mahkamah, hujung tahun lepas. Bung yang tidak puas hati dengan keputusan mahkamah itu hari ini merayu agar hukuman penjara juga turut dikenakan terhadap isterinya, Zizie.

Bung dalam rayuannya kepada hakim berkata,” Aku mane boleh tahan dengan wife aku yang seksi… sebulan!... lama tuee.... air naik kepala nanti…. pulak tue dah la baru kahwin… lagi la… tolong la … kasi kami sama-sama dipenjara dalam satu penjara… 1 tahun pun tak de hal… janji satu penjara…

Tambahnya lagi," Aku takut nanti wife aku orang lain kebas... melopong aku".

Semalam isterinya yang seksi itu terlepas dari hukuman sebulan penjara tetapi hanya didenda RM1,000 atas kesalahan yang sama.Selain itu pelakon itu juga dikenakan denda RM1,000 kerana bersubahat dalam kes Bung berpoligami tanpa kebenaran mahkamah.Hukuman ke atas mereka sepatutnya diumumkan kelmarin, tetapi ditangguhkan sehingga semalam....

apa susah ... suruh je kawan kau Menteri Keselamatan Dalam Negeri tolong tengok-tengokkan... mesti selamat la punye....

Thursday, May 20, 2010

PEMUDA UMNO KUANTAN PERLU CONTOHI PEMUDA UMNO MARAN DAN PARIT


Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuantan memuji tindakan yang telah dilakukan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Maran dan Pemuda Umno Bahagian Parit Perak yang membantah terhadap pengeluaran lesen judi sukan kepada Berjaya Group Sdn Bhd.

Fadhli Ibrahim, Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuantan berkata " Saya juga mengharapkan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kuantan mengambil sikap untuk membantah pengeluaran lesen judi sukan seperti pemuda Umno Maran dan Parit di Perak. Orang yang mengaku beriman mesti sensitif dalam persoalan halal haram. Kami Pemuda Pas Kawasan Kuantan mengajak pemuda Umno Kuantan untuk sama-sama memberi sokongan kepada Pas Negeri Pahang menghantar memorandum kepada Menteri Besar Pahang berkait dengan isu judi sukan ini."

Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Maran, Ust Khairul Azmi Ismail berkata " Kita menyambut baik bantahan judi sukan dari Pemuda Umno Maran, cumanya kita harapkan bukan sahaja kemunkaran yang berbentuk judi sukan sahaja yang dibantah, tetapi segala bentuk kemunkaran dan penyelewengan yang dilakukan oleh pimpinan-pimpinan atasan perlu juga dibantah dan ditegur."

Monday, May 17, 2010

MUKHAYYAM TARBAWI DPP KUANTAN DI TELUK CEMPEDAK MERIAH


Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuantan telah mengadakan Mukhayyam Tarbawi di Pantai Teluk Cempedak pada 17 May 2010.Seramai 30 orang peserta telah menghadirkan diri. Program bermula selepas solat maghrib dengan kuliah maghrib yang disampaikan oleh 2 orang anak Ust Yusuf Embong iaitu Habibullah Yusuf dan Syababullah Yusuf. Selepas solat Isyak diadakan program Taaruf dan selepasnya peserta bergerak menyantuni muda mudi untuk lakukan kaji selidik tentang solat.

Selepas solat subuh berjemaah, peserta dihidangkan dengan kuliah subuh yang disampaikan oleh Al-fadhil Ust Abu Syahid, selepas itu diadakan sessi riadhah dan mandi ukhuwwah selama satu jam. Kemudian Ust Tarmizi Yahya menpaikan kuliah dasar 2 yang bertajuk jihad dan tuntutannya

11.30 Am Ust Fadhli Ibrahim (Ketua DPP Kawasan Kuantan) menyempurnakan majlis penutup.

Kuliah Maghrib yang disampaikan oleh dua beradik iaitu
Habibullah (pegang mikrofon) dan Syababullah bin Yusuf
(Baju coklat)
Sessi taaruf bermula
Anak teruna yang penuh dengan pengalaman hidup itulah dia
Mohd Lutfi Ismail
Makan malam selepas sessi Taaruf jam 11.30 mlm
Pengarah program...Sdr Zubir Razak sedang memberikan arahan
walau apapun beliau masih bujang
Kepenatan....setelah sama-sama bergerak bertemu muda mudi
untuk melakukan kaji selidik
Peserta mukhayyam sedang mendengar kuliah subuh yang
disampaikan oleh Ust Abu Syahid
Ppanas badan....
Peserta beriadhah selepas kuliah subuh
Ust Tarmizi Yahya sedang menyampaikan kuliah dasar
yang betajuk Jihad dan tuntutannya
Peserta sedang mendengar kuliah dasar
Ust Tarmizi Yahya (Ketua DPP Paya Besar menerima
cenderahati daripada Ust Fadhli Ibrahim (Ketua DPP Kuantan)

Thursday, May 13, 2010

CIRI-CIRI TEMAN SEJATI MENURUT RASULULLAH SAW


1. Hendaklah bersahabat dengan orang yang beriman dan bertaqwa.

Sabda Baginda bermaksud:

”Jangan kamu bersahabat melainkan dengan orang yang beriman dan jangan berikan kecuali kepada orang yang bertaqwa.” (Hadis riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi).

2. Hindari berkawan dengan yang buruk perangai dan akhlaknya

Ibn Asakir menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

”Jauhilah kawan yang buruk akhlak dan perangainya, kamu akan dikenali sepertinya.

Sabda Baginda lagi:

”Seseorang itu berada atas cara hidup kawannya, maka perhatikanlah tiap seorang daripada kamu, siapakah yang didampinginya.” (Hadis riwayat at-Tirmizi dan Abu Daud).

3. Menegur kesilapan kawan di atas perkara yang benar

Ubadah Ibn As-Samit berkata:

“Rasulullah s.a.w. mengikat janji dengan kami supaya dengar dan patuh ketika susah dan senang, yang disukai dan dibenci dan jangan merebut sesuatu dari tuannya kecuali ada bukti kekufurannya.Begitu juga, kami hendaklah berkata benar di mana saja kami berada tanpa takut akan penghinaan daripada seseorang yang suka menghina, semata-mata kerana Allah.” (Hadis riwayat Muslim)

4. Membantu kawan ketika dalam kesusahan

“Seorang Muslim dengan Muslim yang lain adalah bersaudara, dia tidak menzaliminya dan tidak mengelakkan diri daripada menolongnya.

Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:

Barangsiapa yang menolong kesusahan orang mukmin di dunia, necaya Allah akan menolong kesusahannya di Akhirat.Dan barangsiapa yang memudahkan kesusahan orang di dunia, nescaya Allah akan memudahkan kesusahannya di dunia dan di Akhirat. Dan barangsia yang menutup keaiban saudaranya, nescaya Allah akan menutupnya di dunia dan di Akhirat.”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

( Sumber dari : www.Demimasa.net )