Friday, June 10, 2011

AWAS, PAHANG KINI UNTUK NEPAL


Selepas di Selangor, projek pemberian IC kepada warga asing khabarnya kini dijalankan pula di Pahang,

Pemberian IC ini dilihat usaha terdesak Umno barisan nasional untuk terus mengekalkan kuasa dinegeri tersebut, sebelum ini pemberian ic ini rancak dijalankan di negeri Selangor sebagai usaha terkotor dan jijik Umno -barisan nasional merampas selangor

Senario dipahang kini dilihat memberikan laluan mudah kepada pakatan rakyat untuk merampas negeri tersebut,

Malah terdapat maklumat dari UMNO sendiri mengatakan kemungkinan besar kerusi bandar Kuantan seperti DUN Semambu, DUN Teruntum, DUN Inderapura dan DUN Tanjung Lumpur juga akan jatuh ke tangan pembangkang kali ini.

Pakatan rakyat meramalkan akan menang mudah di 16 DUN dalam bandar di seluruh negeri Pahang. Ini kerana faktor kaum Tionghua majoritinya akan menolak BN bulat-bulat gara-gara isu Lynas. Mereka kini sedang berusaha untuk menakluki kawasan Felda dan orang Asli sahaja. Jika mereka berjaya, maka kemungkinan besar rakyat Pahang akan mendapat sebuah kerajaan baru selepas PRU13 ini

Namun, Harus kita sedari, dalam keadaan serba terdesak seperti itu, Umno -Barisan nasional akan cuba melakukan banyak perkara untuk memberi kelebihan kepada mereka, selain memindahkan pengundi - pengundi untuk memenangkan mereka,Umno - Barisan nasional kini giat menjalankan "projek IC" yang khabarnya berpusat di suatu lokasi sulit di Cherating.

Perkara ini diakui sendiri oleh beberapa orang pemimpin UMNO setempat yang kecewa dengan senario itu. Apapun, semua yang berlaku ini jelas menunjukkan yang Kerajaan Negeri Pahang kini semakin terdesak untuk mempertahankan "sisa-sisa kuasa" mereka yang semakin terancam. Apapun, rakyat diminta bersedia untuk melakukan perubahan jika mahu terus hidup selesa dengan berbagai kebajikan seperti dinikmati oleh rakyat Kelantan, Selamgor, Kedah dan Pulau Pinang sekarang. Lakukanlah perubahan demi masa depan