Sunday, October 24, 2010

RIBUAN HADIR DI MASJID NEGERI BANTAH IFF

































































































Dewan Pemuda Pas Negeri Pahang telah mengadakan bantahan terhadap satu festival busana muslim yang jelas sekali menghina islam apabila mereka yang menyertai festival tersebut mendedahkan aurat dan salah seorang dikalangan mereka memakai baju yang tertulis nama Muhammad dalam keadaan tidak memakai tudung.Penaung kepada Program Islamic Fashion Fastival ini ialah Datin Sri Rosmah Mansor isteri kepada Perdana Menteri Malaysia,.

Bantahan tersebut diadakan diperkarangan masjid Sultan Ahmad Kuantan selepas dari menunaikan solat jumaat . Ust Fadhli Ibrahim (Ketua Penerangan DPP Negeri Pahang) memulakan ucapan kemudian diikuti dengan ucapan Ust Suhaimi Md Saad selaku Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Pahang.Walau bagaimanapun ucapan yang penuh bersemangat itu tidak lama apabila diganggu oleh pihak polis.

Manakala ust Nasruddin Hassan sebagai Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat tidak dapat meneruskan ucapan.

Tuesday, October 5, 2010

IJTIMA' TARBAWI PERINGKAT KEBANGSAAN DI RUSILA BERJAYA MENGUMPULKAN 5000 PEJUANG

Suasana masjid Rusila dari sisi depan dihari
berlangsungnya ijtimak tarbawi
Petugas-petugas penuh setia menunggu pendaftaran
dari peserta-peserta seluruh Malaysia
Muslimat juga tidak ketinggalan untuk menyertai
program tarbiah ini
Pemandangan menarik....bendera Pas megah berkibar
diatas jejambat

Ust Nik Mahadi (Kelantan) mengemudi program
bacaan Ma'thurat
Ust Azman Syafawi selaku Pengarah Program sedang
berucap di pentas pemuda pada petang hari perasmian

Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man turut diundang untuk
untuk memenuhi pengisian program
Pimpinan dan para murabbi memenuhi ruang utama
dewan
Ust Nik Mohd Abduh sebagai Ketua Lajnah Tarbiah
DPP Pusat sedang menyampaikan ucapan
Ucapan aluan dari Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat
Ucapan perasmian yang disampaikan oleh
Yb Dato' Sri Presiden
Ust Yahya Othman bersemangat memberikan motivasi
tarbiyyah kepada pemuda-pemuda. Beliau berdiri sehingga
akhir ucapannya sekalipun uzur
Yb Ust Nasharuddin Mat Isa mengulas persoalan tarbiyyah
dengan penuh semangat
Ust Abu Bakar Abdullah (Ajk Dewan Ulamak Pas Pusat)
turut bersama membentangkan modul tarbiah

Prof. Dr Badrul Hisyam hadir mengulas persoalan
Pergerakan Pas...sentuhannya terhadap IKRAM
Ust Nasruddin Hassan Tantawimenyampaikan ceramah
bertajuk: Afaat Alat Thoriq
Forum Perdana yang membariskan penal-penal yang
berpengalaman dalam tarbiah
Forum di pengurusikan oleh Sdr Khairul Faizi
Ahmad Kamil (Setiausaha DPP Pusat)
Ust Ahmad Yahya (Ketua DPP Pas Kedah) sebagai
ahli Penal forum
Ust Zulkifli Ismail (Ketua Dewan Ulamak Pas Melaka)
adalah ulamak muda yang sarat dengan pengalaman tarbiah
Ust Nik Mohd Zawawi Salleh (Ketua Penerangan DUP Pusat)
adalah ahli penal yang ketiga.