Friday, April 30, 2010

PEMUDA PAS CAWANGAN BATU 3 ANJUR SUKAN ORANG MUDA GENG KITE

Suasana sibuk di pondok induk...peserta berpusu-pusu mendaftarkan
diri untuk bertanding di pelbagai acara
Peserta sedang berdaftar dengan urusetia
Peserta dalam acara merentas desa
Kanak-kanak mengambil bahagian dalam acara melastik botol
Peserta dewasa dalam acara Dart
Seorang remaja sedang melastik botol
Abg Man Besi mendapat tempat kedua dalam upaca boling kelapa
bagi kategori Veteren
Rohaizal Amirul sedang menimbang bola dalam kategori timbang
bola remaja
Hamzah...johan pertandingan gusti lengan
Acara makan cepat...tempat pertama disandang oleh Mie Cocok,
tempat kedua disandang oleh Ainul Azizi Sidek (adam) dan
tempat ketiga disandang oleh Ikmal Hisyam
Acara motor lambat...ramai yang terkeluar,kerana kebiasaannya
merempit :)
Acara basikal lambat untuk kanak-kanak
Pengadil smart....Sdr Helmi..tekun dengan tugas yang
diamanahkan
Ust Fadhli Ibrahim,Ketua DPP Kuantan berucap menutup
program sukan "Orang Muda Geng Kite"
Abang Mail Gundal diberi penghormatan menyampaikan hamper
kepada pemenang pertandingan
Orang kuat Pas tanah Putih Lama, Abg Man Besi turut menerima saguhati
bagi acara merentas desa
Huzaifah Agus menjuarai acara timbang bola.
Ust Fadhli Ibrahim sedang menyampaikan hamper kepada salah
seorang pemenang

Thursday, April 29, 2010

SILAP BESAR KALAU AMBIL PEGUAM UMNO

Semalam Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar UMNO Selangor sedia menawarkan bantuan termasuk dalam memberikan khidmat guaman terbaik kepada keluarga itu jika diperlukan.Tawaran itu dibuat ketika lawatan ke keluarga kepada mangsa yang mati ditembak oleh anggota polis, Aminulrashid, 15 tahun.

Sekiranya keluarga bersetuju mengambil peguam daripada UMNO maka kes ini kemungkinan akan mendapat nasib yang sama seperti kes seorang wanita yang bernama Norizan bt Salleh yang ditembak polis ketika berada dalam kereta,.Sejumlah lima tembakan ditujukan kepadanya, dengan dua tembakan terkena pada lengan dan pergelangan tangan, satu pada dada, di samping dua lagi terlepas tetapi meninggalkan luka. Kes ini berlaku pada 30 Oktober tahun lalu dan sehingga ini kes ini masih belum selesai.

(sumber: www.dppwm.blogspot.com )

Wednesday, April 28, 2010

ACUAN ISLAM UMNO TELAH MENETAS

Kini zuriat islam hadhari dan 1 Malaysia telah menetas....itulah hasilnya, pakai tudung tapi pakai seluar pendek.

ADUN KUBANG ROTAN BERI PENJELASAN TENTANG KEKECOHAN YANG BERLAKU DI SIDANG DUN KEDAH


ALOR SETAR, 28 April: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa (gambar) menyifatkan beberapa Adun BN memanipulasikan soalannya kerana politik sempit mereka.

Beliau hari ini tampil menjelaskan isu kekecohan yang berpunca daripada soalan bertulis yang dikemukakannya semasa persidangan Dun Kedah, 26 April lalu.

Menurut beliau, soalan 'panas' yang meminta penjelasan berkaitan bidang kuasa Tuanku Sultan sebagai Ketua Agama Islam yang perlu dihormati telah mengundang pertikaian wakil-wakil Barisan Nasional (BN) yang tersalah tafsir maksud soalan yang dikemukakannya.

“Saya meletakkan soalan ini agar semua pihak mendapat penjelasan sebenarnya berkaitan bidang kuasa Tuanku Sultan yang mutakhir ini dilihat tidak dihormati oleh pihak-pihak tertentu.

"Soalan itu bertujuan mendapatkan batas sempadan supaya semua pihak dapat menghormati kuasa Tuanku Sultan dalam hal-hal berkaitan pentadbiran agama Islam yang diketuai oleh baginda kerana kebelakangan ini terdapat campur tangan terutama dalam soal perlantikan imam dan pegawai masjid.

"Turut diutarakan supaya dijelaskan kepada pihak tertentu yang menuduh kerajaan negeri akan memecat imam-imam apabila berusia 60 tahun," jelasnya.

Nasir berkata, wakil-wakil BN telah memanipulasikan soalan tersebut demi kepentingan politik sempit yang akhirnya mengakibatkan berlaku pertikaman lidah di antara mereka dengan wakil-wakil Pakatan Rakyat.

"Soalan tersebut cukup jelas dan tidak langsung berniat untuk mempertikaikan bidang kuasa Tuanku Sultan tetapi telah dipolitikkan oleh wakil BN yang bimbang akan dibuktikan mereka adalah pihak yang mengganggu gugat pentadbiran agama di negeri ini," katanya.

Menurutnya lagi, soalan yang dikemukakan adalah ekoran dari tindakan Adun Bakar Bata, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah yang mencampuri urusan pentadbiran agama Islam dalam hal berkaitan imam dan pegawai masjid, baru-baru ini.

Nasir tetap mempertahankan pendapatnya bahawa soalan itu tidak langsung menyentuh dan mempertikaikan bidang kuasa atau menghina Tuanku Sultan Kedah jika ia dibahaskan. ( Sumber: www.idhamlim.blogspot.com )

Wednesday, April 21, 2010

HIMPUNAN MEMBANTAH APCO DI MASJID NEGERI KUANTAN

Ust Nasruddin Tantawi sedang berucap di perkarangan masjid besar
sultan Ahmad Shah sebagai satu bantahan terhadap APCO
Ust Yusuf Embong sedang membacakan doa
Orang ramai penuh teliti mendengar ulasan dari
Ust Nasruddin

Para hadirin melimpah sehingga ke dalam kawasan masjid
Dewan Pemuda Pas Negeri Pahang telah mengadakan Demontrasi bantahan terhadap Isu APCO. Turut berucap ialah blogger Cucu Mat Kilau dari Pahangdaily Online, Yb Syed Muhammad Tuan Lonik (Adun Beserah), Ust Fadhil Nor Abdul Karim (Exco DPP Negeri Pahang) dan Ust Nasruddin Hassan Tantawi (Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Pahang).