Friday, June 4, 2010

PERLANTIKAN HAMID ALBAR SEBAGAI PENGERUSI LEMBAGA TABUNG HAJI DITARIK BALIK ?


Rosmah Campur Urusan NegaraPerlantikan Syed Hamid Sebagai Pengerusi LTH Ditarik Balik?

[kemaskini] Maklumat tambahan. Surat perlantikan Syed Hamid dikatakan berkuat kuasa pada 1 Jun.

Pemanggil yang meminta Syed Hamid jangan masuk pejabat dulu itu atas lasan Najib Razak sedang pertimbangkan untuk melantik Syed Hamid jadi pengerusi sebuah GLC - syarikat kerajaan lain. Ketika ini Syed Hamid di London atas urusan keluarga. Katanya Syed Hamid juga belum membuat apa-apa keputusan berhubungn 'keputusan' baru itu.

SEMALAM ketika berbual dengan Anwar Ibrahim, saya menimbulkan soal bekas Menteri Dalam Negeri, (KDN) Syed Hamid Jaafar Albar. Saya bertanya kepadanya apakah Syed Hamid atau beliau sendiri ada saling hubung menghungi antara satu sama lain selepas Syed Hamid tidak lagi jemaah menteri. Jawabnya rengkas; "Tidak ada!" dan mungkin sedikit terheran kenapa saya menimbulkan perkara itu.Saya tidak tahu macam mana tak semena-mena saya boleh melontarkan pertanyaan itu kepada Anwar.

Mungkin kerana saya pernah bertanya Syed Hamid mengenai Anwar, yang mana sikapnya terhadap Anwar terbuka. Dia tidak berdendam tidak tentu fasal dengan Anwar. Kritikannya kepada Anwar juga beralas dan tidak sampai mencemarkan maruah orang.Masa mengadakan interviu dengannya (Syed Hamid) beberapa tahun lalu saya sengaja tanya pendapatnya mengenai Anwar. Mahu meninjau persepsi Syed Hamid ke atas Anwar yang dianiaya Malahthir.Katanya, dia melihat Anwar ada kelebihan tersendiri.

Dalam percakapkan itu beliau tidak kondem Anwar seperti mana sesetengah menteri lain. Syed Hamid rasional. Saya bertanya itu kerana sejarah politik mereka berdua mencatatkan mereka pernah berlawanan antara satu sama lain. Syed Hamid pernah mencabar Anwar untuk jawatan Ketua Pemuda Umno, bagaimana pun Syed Hamid tewas dalam pertandingan itu.Syed Hamid seorang ahli politik yang dilihat kuat dan rajin bekerja serta tidak tahu bergaduh dengan sesiapa pun. Berilah tugas kepadanya dia akan melaksanakan dengan baik. Dia juga jenis seorang yang akur dan taat kepada ketuanya.

Baik masa Mahathir jadi PM atau Abdullah Badawi, Syed Hamid tetap senantiasa insaf siapa dirinya. Dia tidak tahu berlawan dan membelakangkan ketua. Kepadanya siapa yang jadi ketua, orang itulah yang diikuti dan patuh.Kandatipun Najib Razak lebih muda darinya tetapi dia tetap menghormati Najib sebagai ketua - Perdana Menteri. Tidak pernah terdengar yang Syed Hamid terlepas cakap memburukkan Najib di mana-mana dan dalam keadaan apa sekalipun. Sebab itulah bila Syed Hamid digugurkan sebagai menteri menyebabkan saya tertanya-tanya, kenapa sebabnya. Dan saya merasakan tindakan Najib itu satu kesilapan.Syed Hamid seorang menteri kanan dan berpengalaman. Sebagai orang baru memimpin negara selaku PM, Najib sangat memerlukan Najib. Bukan itu saja Najib dan Syed Hamid juga ada hubungan yang dibentuk oleh kedua orang tua masing-masing.

Syed Jaafar Albar dan Tun Razak berada dalam satu zaman.Sampai kini saya terheran apakah sebab musabab maka Syed Hamid digugurkan. Saya tidak nampak ada gangguan kepada Syed Hamid di bahagiannya (Kota Tinggi Johor) menyebabkan Najib terpaksa menggugurkannya. Kalau gangguan dialami Syed Hamid itu menjadi faktor saya rasa menteri lain juga tidak kurang hebatnya diganggu oleh kawasan sendiri.Sehinggalah saya dimaklum oleh seseorang lewat sore tadi baru saya faham kenapa Syed Hamid terpaksa dikafankan dalam karjaya politik sebelum sampai tempohnya. Kalau tidak ada maklumat ini mungkin saya masih tertanya-tanya kenapa Syed Hamid perlu Najib buang. Walhal Syed Hamid seorang yang bersih, tidak ada skandal dan terlibat dengan korupsi, melainkan dia dikenali sebagai seorang yang kedekut dan tidak tahu mengampu saja.Apa yang dimaklumkan oleh kawan yang juga pernah menjadi pimpinan pemuda peringkat bahagian itu benar-benar mengejutkan saya.

Sebelum dia membuka cerita itu dia bertanya saya apakah saya sudah tahu cerita panas yang tersebar dalaman Umno sehari dua ini. Saya kata saya tidak tahu. Dia menggantungkan ayatnya itu menyebabkan saya mendesaknya."Ceritalah apa dia...?"desak saya."Sungguhkah you tak tahu?" tanya dia serius. "Iya...," jawab saya. Lalu dia pun bercerita mengenai nasib Syed Hamid, yang semalam saya sebut-sebut dengan Anwar. Katanya Syed Hamid yang sebelum ini akan dilantik menjadi Pengerusi Petronas mengganti Dr Mahathir telah dilantik menjadi pengerusi Lembaga Tabung Haji (LTH). Bagaimana pun perlantikan itu ditarik balik dengan tiba-tiba.Katanya surat perlantikan itu telah pun dibuat dan Syed Hamid ketika mengerjakan umrah baru-baru ini sudah disambut oleh kakitangan LTH di Makkah sebagai pengerusi LTH yang baru. Bagaimana pun dalam Syed Hamid bersiap sedia untuk memasuki pejabat, tiba-tiba ada arahan agar beliau tidak menerima perlantikan berkenaan.

Kata kawan itu yang mengarahkan Syed Hamid menarik diri ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir. Logiknya, saya rasakan tidak mungkin kalau keputusan itu dari Jamil sendiri. Logiknya juga mungkin perlantikan itu dibuat Jamil tanpa dirujuk kepada sesiapa sebab itu ianya diarah agar tarik balik.Kerana itu cerita atau kejadian itu agak memelikkan sedikit. Menyebabkan saya bertanya kepada kawan itu. Mulanya dia tidak mahu bercerita kedudukan yang sebenar tetapi selepas didesak baru dia membuka apa yang berlaku dan yang beliau diberitahu."Jamil Khir katanya disuruh oleh Rosmah. Rosmah tidak mahu Syed Hamid dilantik ke jawatan itu," cerita kawan itu tambah mengejutkan saya.

"Kenapa?" soal saya tidak sabar ingin mengetahui apa sebabnya. Perlantikan itu saya kira memang tepat dengan latar belakang dan berperwatakan anak bekas Singa Umno itu. Lagipun beliau yang berketurunan Hadramaut itu lebih tahu dan mudah mesra dengan pak-pak Arab di tanah Arab itu. Hubungan darah daging itu akan memudahkan hubungan Malaysia dengan Arab Saudi dan tentu dapat menambahkan kouta haji bagi negara ini kalau dia menjadi pengerusi LTH."Apa alasan Rosmah berbuat begitu? Kenapa dia masuk campur?" tanya saya agak berat untuk mempercayainya. Saya tidak fikir kalau Rosmah turut terlibat sampai ke situ sekali, mencampuri urusan pentadbiran suaminya."Rosmah ini kan tidak suka dengan isteri Syed Hamid, Sharifah Aziah Syed Zainal Abidin... itulah puncanya." jelasnya.

Saya terus jadi termangu-manggu beberapa jurus. Pada saya sukar untuk mempercayai yang Rosmah bersikap begitu. Masakan kerana tidak senang dengan isterinya, maka beliau perlu mengorbankan Syed Hamid. Bukankan tindakan itu turut menjejaskan juga maruah suaminya."Takkan itu puncanya?" tekan saya. Kawan itu tidak menjawab tetapi meminta saya menghubungi seseorang bagi mengesahkan apa yang beliau dengar itu. Tegasnya cerita itu bukan dari kalangan boker politik, tetapi dari sumber dalaman Umno sendiri.

Beliau baru mendengar berita itu hari ini.Mengenai hubungan kurang mesra Rosmah dengan Sharifah Aziah, saya sudah dimaklumkan sebelum ini. Rosmah tidak senang dengan siteri Syed Hamid itu kerana beliau rapat dengan isteri Abdullah, Jean Abdullah. Ketika Jean Abdullah jadi Pengersi Puspanita, Sharifah Azian adalah setiausahanya. Jean katanya rapat dan mesra dengan Sharifah bukan saja atas urusan kerja tetapi Jean turut mempelajari ilmu-ilmu agama dengan Sharifah Aizah. Khbarnya orang yang turut memakaikan tudung di kepala Jean ialah Sharifah Aziah.Hubungan ini tidak disenangi oleh Rosmah.

Jadi apabila beliau mengambil alih tempat Jean, Rosmah terus menggugurkan Sharifah Aziah menjadi setiasuaha dan diganti dengan isteri Mustapa Mohamed, Khamzan.Soalnya apakah kerana keadaan itu maka Rosmah sanggup mencampuri urusan pentadbiran kerajaan? Kalaulah apa yang dikatakan ini benar berlaku ia adalah satu kemalangan buat Najib. Najib harus membendung tindakan diluar jangka begini kerana ia boleh menyebabkan Najib akan dilihat dayus.Dalam soal-soal rumah tangga, soal keluarga Rosmah boleh menguasai Najib dan menasihati Najib tetapi tidak dalam soal pentadbiran kerajaan. Kalau Najib mengabaikan sikap ini tidak mustahil pentadbiran Najib akan dikaitan dengan campur tangan isterinya.Apa-apapun kita tunggu maklumat selanjutnya. [wm.kl. 7:30 pm 04/06/10]

CERITA "BODOH ITU KERAJAAN"


"BODOH ITU KERAJAAN" ungkapan ringkas tokey kedai SEN SHI ....

Petang tadi masa balik dari kerja aku pun singgah la nak beli gula di kedai SEN SEI (ubat cina) kat Danau Kota (sebelah Restoran S Zubaidah).. sampai sana aku terus tanye, " Nyonya gula ada?"... terus dia jawab '"Kita sekarang tak amik sama itu gula"... aku tanye pasal ape... lalu jawab tokey kedai tue..." BODO ITU KERAJAAN... mau jual pun kene ada lesen RM20.00 untung 20 sen sahaja satu kilo... lepas itu kene tulis dalam buku sape beli..." "Semua kedai-kedai Sen Shi tak mau amik itu gula sekarang...rugi lo..."Aik.....
Bijak sungguh kerajaan BN APCO ni... Nak jual gula pon kena ada lesen ke? suruh la orang yg bukak hypermarket beso2 alam tuh wat lesen tuk jual gula.. ni kedai runcit beso cuma sekangkang kera pon kena wat lesen ke? pe kejadahnya?!! ... www.dppwm.blogspot.com

Monday, May 31, 2010

HAI ORANG-ORANG PAS...INI BUKTI UMNO BELA ORANG MELAYU


Politik balas dendam dan nafsu jahat para pimpinan UMNO Pahang rupanya tidak berakhir atas pentas politik. Sikap rakus dan jamban inilah yang menjadi anutan mereka terhadap musuh politik mereka tanpa menyedari bahawa politik ala zaman batu itu makin dibenci rakyat.

Sewaktu sambutan Aidilfitri tahun lepas, saya telah dimaklumkan oleh Pegawai MARA Daerah Rompin, bahawa Kerajaan Pahang minta saya keluar dari pejabat premis MARA yang saya sedang sewa sekarang.

Untuk rekod, saya telah menyewa sebuah premis MARA untuk saya mula bertapak sebagai sebuah firma guaman sekitar tahun 2007, Tetuan Mohd Fadzli & Co. Pemilihan saya sebagai penyewa juga melalui saluran yang sah iaitu secara temuduga. Tiada kabel,tiada orang dalam. Saya diterima sebagai penyewa secara merit walaupun terdapat ramai penyewa lain yang turut memohon. Sebagai seorang yang baru mula mengenal erti dunia perniagaan dan bertatih, sudah tentulah mengharap sebuah premis mampu sewa seperti MARA.

Saya menyewa tanpa sebarang masalah. Sewa sentiasa berbayar. Tiada Tunggakan. Rekodnya cemerlang. Dulunya Arked MARA sunyi dan hampir tidak dikenali kalau tiada Pejabat Pos Rompin bermukim di sini. Bukan mendabik dada, tetapi selepas pejabat peguam saya mula beroperasi yang merupakan pejabat peguam pertama di Rompin, Arked MARA meriah sekali kalau tidak hingar bingar pun sesesak pasar malam chow kit.

Kini, UMNO peralatkan MARA untuk usir saya. Semua ini kerana saya bekas calon PAS dalam dua siri pilihanraya lalu. Ditambah perit pula bila saya sering memekakkan telinga pemimpin UMNO dengan berdiri secara terbuka mengecam kezaliman dan salah laku pemimpin UMNO dan Barisan Nasional di pentas-pentas Pakatan Rakyat. UMNO makin pedih bila saya mengheret perangai korup mereka ke Mahkamah. Kes Ketua Penerangan UMNO Rompin saman Dato' Jamaluddin Jarjis (Ketua UMNO Bahagian Rompin), Saman terhadap anak syarikat Kerajaan Pahang kerana lambat serah milik (late delivery), Saman terhadap Kerajaan Malaysia berhubung isu pelatih dirogol jurulatih dan pelatih mati dalam latihan, Saman terhadap Polis kerana menghalang ceramah di Muadzam Shah bersama-sama peguam Hanipa Maidin disamping membantu syarikat Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd yang menang saman RM6 juta terhadap Kerajaan Pahang adalah antara rentetan perangai jahat UMNO yang didedah di Mahkamah.

Saya ingin tegaskan, bahawa tindakan penyingkiran saya adalah kerana dendam kesumat politik kotor UMNO/Barisan Nasional. Ini adalah kerana, saya dimaklumkan Pegawai MARA Daerah dalam sambutan aidilfitri tahun lalu bahawa saya mesti mengosongkan premis sewaan saya dalam jangka masa segera. Pada hal pada ketika itu, tempoh penyewaan saya masih berbaki hampir satu tahun lagi. Saya tidak menyalahkan MARA dan kakitangannya. Tapi sifat dungu UMNO ini terserlah apabila saya dimaklumkan bahawa punca saya disingkir adalah kerana aduan pemimpin UMNO Bahagian Rompin kepada Menteri Besar. Namun setelah berkeras dan mencabar supaya MARA mengeluarkan surat penamatan pada ketika itu juga, MARA akhirnya memaklumkan saya bahawa saya boleh terus menyewa sehingga tamat perjanjian iaitu sehingga Ogos 2010. Walau apapaun jua yang dibuat, saya tetap tegaskan penyingkiran saya adalah kerana dendam kesumat UMNO pada saya!

Inilah UMNO, sebuah parti yang kononnya perjuangkan bangsa Melayu. Saya orang Melayu. Bumiputera. Anak jati Rompin. Warga Pahang tulen. Saya menyewa dengan sebuah agensi yang bercita-cita ingin membantu orang Melayu,Majlis Amanah Rakyat (MARA). Tapi apa sudah jadi. Saya bukan komunis, bukan penjenayah, tetapi dinafikan oleh bangsa sendiri.Semata-mata berlainan fahaman politik.

Sebenarnya, sikap busuk perut UMNO Pahang ini telah bermula apabila firma guaman lama saya Tetuan M.K Othman & Co yang telah berjaya menjadi peguam panel Unit Perumahan Kerajaan Pahang. Namun apabila mendapat tahu saya menjadi rakan kongsi pemilik M.K Othman & Co, Tuan Khairuddin Othman ( sekarang Setiausaha Perhubungan PAS Selangor), hanya dengan satu panggilan telefon menamatkan khidmat "panelship" dengan Kerajaan Pahang. Nasib yang sama menimpa rakan guaman saya, Tuan Iqbal Hamdi (bekas YB Kuala Pahang) apabila beliau bertanding atas kerusi PAS dan menang. Habis semua "panelship" beliau ditarik akibat perangai UMNO ini.

Saya mendapat dokongan teguh rakan-rakan peguam Pahang untuk terus berjuang dan memastikan UMNO/BN akan dikuburkan dalam Pilihanraya akan datang. Politik bodoh UMNO ini pasti akan ditertawakan oleh rakyat dalam konstituensi Duta Besar Malaysia Bertaraf Menteri ke Amerika Syarikat. Masyarakat di barat memandang tinggi Demokrasi yang subur di sana. Bukanlah niat saya untuk berkiblatkan mereka.
Tetapi sikap professional mereka dalam melayani musuh politik boleh disanjung. Selepas musim pilihanraya, semua pihak membantu bangunkan negara, tiada istilah balas dendam. Rakyat perlu bangkit untuk menolak budaya hina ini. Ambillah contoh negeri Pakatan Rakyat, carilah satu sahaja contohnya, sekiranya ada mana-mana yang tersingkir dri premis kerajaan kerana jadi calon BN...

Friday, May 28, 2010

PUTERI UMNO RELAKAN POLITIK SEKS

Orang kata, UMNO dah nak karam. Dah nak kojol. Dah nak gol. Dah nak bungkus. Itu kata orang. Betul tidaknya, belum pasti lagi. Tapi riak-riak perlambangannya sudah terpampang di depan mata.

Orang kata, UMNO dah nak karam. Dah nak kojol. Dah nak gol. Dah nak bungkus. Itu kata orang. Betul tidaknya, belum pasti lagi. Tapi riak-riak perlambangannya sudah terpampang di depan mata.

Di bawah ini contoh kemungkaran terbaru membabitkan UMNO. Sesudah bergelumang dengan politik wang buat kesekian lamanya, kini ada segelintir pemimpin UMNO mengamalkan politik seks. Mereka minta habuan seks daripada anggota Puteri UMNO yang perlukan pertolongan berkempen bagi jawatan di peringkat nasional.

Hakikat ini didedahkan oleh Sritribuana dalam komennya kepada posting di blog ini pada Rabu, 19 November 2008, bertajuk Kita Nak Tubuhkan Parti Politik Baru?

Sritribuana mengirimkan komennya pada jam 11.36 malam, 5 Disember 2008, seperti berikut:Dalam musim pemilihan, ada pemimpin UMNO yang hebat-hebat.

Apabila para Putri UMNO minta pertolongan dan bantuan berkempen untuk jawatan peringkat nasional, ada pemimpin yang menjawab: “tak kan tolong aje. You boleh bagi apa kat I?” Dengan ikhlas, para Putri akan jawab, tidak ada duit. “Duit I dah ada..” Apa yang mereka mintak dari remaja-remaja yang baru nak berjinak-jinak dengan UMNO, kalau tidak tubuh badan para remaja berkenaan? Ajak bercuti. Jangan ajak kawan. Ini bukan sketsa dogeng di zaman moden.

Ada kebenarannya. Tidakkah para Putri itu dari kalangan bangsanya sendiri? Sebab itulah kebanyakkan para Putri UMNO, lebih-lebih lagi yang terpelajar, apabila menghadiri seminar, perjumpaan di mana para pemimpin UMNO yang berapi-api berucap tentang bangsanya, mereka merasa jijik. - Sritribuana

Saya yakin komen di atas datangnya dari lubok kalbu Sritribuana sendiri. Ia adalah kisah benar yang sebenar-benarnya. Ia bukannya “sketsa dogeng di zaman moden.” Tetapi realiti kebobrokan UMNO yang hampir karam dengan kemungkaran, jenayah dan maksiat.

Saya cadangkan Sritribuana adukan kes rasuah seks ini kepada Jawatankuasa Disiplin UMNO. Itu pun kalau mereka percaya. Kalau tak, berilah perincian yang lebih mendalam kepada blog ini supaya boleh didedahkan seluas-luasnya.

Begitulah UMNO ketika ini. Politik wang menjadi-jadi. Kemungkaran kian meluas. Presidennya dikatakan asyik main politik ikut telunjuk menantu serta dalangnya. Bahtera perjuangan yang dah nak karam dibiarkan tanpa usaha membaikinya. Warga UMNO yang kian meluat ke mana akhirnya kesetiaan mereka?

Kata exco puteri UMNO Dati Ismalina menasihatkan mana pemimpin UMNO agar tidak menjadikan gadis - gadis puteri UMNO sebagai tempat untuk melampiaskan Nafsu serakah demi menawarkan sebarang penajaan keatas sesuatu pertandingan atau jawatan kepada Puteri UMNO kedalam Parti.....

Kata naib ketua puteri UMNO iaitu YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin mengingatkan ahli - ahli Puteri agar tidak menjadikan "batang tubuh" mereka sebagai modal untuk mendapatkn mana - mana jawatan dalam Parti...

kata penolong setiausaha PuteriUMNO BIBI SHARLIZA BT MOHD KHALID "Budaya politik seks harus di tangani dengan segera sebelum ianya jadi lebih parah"

LSS : Woiittt.........makcik Woitt..........kak bila nak tangani nya tu, Ya Allah dah parah baru perasan kerr.....kalau macam tu citernya agak dah "kenyanglah" ahli - ahli MT UMNO tu "meratah" awek - awek Puteri keh.... keh...keh.....
Woit...kak Woittt makcik ....Mana Dato Dr.Mashitah Ibrahim kiterr??? dia dah tahu pasal hal ni kerr belum??Kalau dia dah tahu apasal tak pengsan jerrkk....keh...keh....keh..... hua.....hua....hua......

http://amkshahalam.blogspot.com

http://www.pejuangpro-demokrasi.blogspot.com

"

Friday, May 21, 2010

BUNG RAYU ZETTI TURUT DI PENJARA BERSAMA


Hari ini, diceritakan yang Bung pergi merayu kepada Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur setelah menjatuhkan hukuman penjara sebulan ke atas dirinya seorang kerana berkahwin tanpa kebenaran mahkamah, hujung tahun lepas. Bung yang tidak puas hati dengan keputusan mahkamah itu hari ini merayu agar hukuman penjara juga turut dikenakan terhadap isterinya, Zizie.

Bung dalam rayuannya kepada hakim berkata,” Aku mane boleh tahan dengan wife aku yang seksi… sebulan!... lama tuee.... air naik kepala nanti…. pulak tue dah la baru kahwin… lagi la… tolong la … kasi kami sama-sama dipenjara dalam satu penjara… 1 tahun pun tak de hal… janji satu penjara…

Tambahnya lagi," Aku takut nanti wife aku orang lain kebas... melopong aku".

Semalam isterinya yang seksi itu terlepas dari hukuman sebulan penjara tetapi hanya didenda RM1,000 atas kesalahan yang sama.Selain itu pelakon itu juga dikenakan denda RM1,000 kerana bersubahat dalam kes Bung berpoligami tanpa kebenaran mahkamah.Hukuman ke atas mereka sepatutnya diumumkan kelmarin, tetapi ditangguhkan sehingga semalam....

apa susah ... suruh je kawan kau Menteri Keselamatan Dalam Negeri tolong tengok-tengokkan... mesti selamat la punye....

Thursday, May 20, 2010

PEMUDA UMNO KUANTAN PERLU CONTOHI PEMUDA UMNO MARAN DAN PARIT


Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuantan memuji tindakan yang telah dilakukan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Maran dan Pemuda Umno Bahagian Parit Perak yang membantah terhadap pengeluaran lesen judi sukan kepada Berjaya Group Sdn Bhd.

Fadhli Ibrahim, Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuantan berkata " Saya juga mengharapkan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kuantan mengambil sikap untuk membantah pengeluaran lesen judi sukan seperti pemuda Umno Maran dan Parit di Perak. Orang yang mengaku beriman mesti sensitif dalam persoalan halal haram. Kami Pemuda Pas Kawasan Kuantan mengajak pemuda Umno Kuantan untuk sama-sama memberi sokongan kepada Pas Negeri Pahang menghantar memorandum kepada Menteri Besar Pahang berkait dengan isu judi sukan ini."

Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Maran, Ust Khairul Azmi Ismail berkata " Kita menyambut baik bantahan judi sukan dari Pemuda Umno Maran, cumanya kita harapkan bukan sahaja kemunkaran yang berbentuk judi sukan sahaja yang dibantah, tetapi segala bentuk kemunkaran dan penyelewengan yang dilakukan oleh pimpinan-pimpinan atasan perlu juga dibantah dan ditegur."

Monday, May 17, 2010

MUKHAYYAM TARBAWI DPP KUANTAN DI TELUK CEMPEDAK MERIAH


Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuantan telah mengadakan Mukhayyam Tarbawi di Pantai Teluk Cempedak pada 17 May 2010.Seramai 30 orang peserta telah menghadirkan diri. Program bermula selepas solat maghrib dengan kuliah maghrib yang disampaikan oleh 2 orang anak Ust Yusuf Embong iaitu Habibullah Yusuf dan Syababullah Yusuf. Selepas solat Isyak diadakan program Taaruf dan selepasnya peserta bergerak menyantuni muda mudi untuk lakukan kaji selidik tentang solat.

Selepas solat subuh berjemaah, peserta dihidangkan dengan kuliah subuh yang disampaikan oleh Al-fadhil Ust Abu Syahid, selepas itu diadakan sessi riadhah dan mandi ukhuwwah selama satu jam. Kemudian Ust Tarmizi Yahya menpaikan kuliah dasar 2 yang bertajuk jihad dan tuntutannya

11.30 Am Ust Fadhli Ibrahim (Ketua DPP Kawasan Kuantan) menyempurnakan majlis penutup.

Kuliah Maghrib yang disampaikan oleh dua beradik iaitu
Habibullah (pegang mikrofon) dan Syababullah bin Yusuf
(Baju coklat)
Sessi taaruf bermula
Anak teruna yang penuh dengan pengalaman hidup itulah dia
Mohd Lutfi Ismail
Makan malam selepas sessi Taaruf jam 11.30 mlm
Pengarah program...Sdr Zubir Razak sedang memberikan arahan
walau apapun beliau masih bujang
Kepenatan....setelah sama-sama bergerak bertemu muda mudi
untuk melakukan kaji selidik
Peserta mukhayyam sedang mendengar kuliah subuh yang
disampaikan oleh Ust Abu Syahid
Ppanas badan....
Peserta beriadhah selepas kuliah subuh
Ust Tarmizi Yahya sedang menyampaikan kuliah dasar
yang betajuk Jihad dan tuntutannya
Peserta sedang mendengar kuliah dasar
Ust Tarmizi Yahya (Ketua DPP Paya Besar menerima
cenderahati daripada Ust Fadhli Ibrahim (Ketua DPP Kuantan)