Wednesday, November 10, 2010

PEMUDA PAS KUANTAN ANJUR BOWLING

Sdr Zubir Razak mengendalikan program ini dengan
penuh dedikasi
Naib Ydp PAS Kawasan Kuantan.....usia tidak menjadi penghalang
untuk menyertai program pemuda
Bergaya.....Sdr Ismail gundal wakil dari Kg Razali,
Sdr Khaidir dan Ameruddin bersabar menunggu giliran mereka
masing-masing
Lutfi...jaguh bowling peringkat pemuda
Pasukan Team Cawangan Batu 3 sedang menunggu giliran
mereka
Ust. Fadhli Ibrahim berucap di majlis penutup
perlawanan bowling
Ketua pasukan bowling cawangan Kuala Penur sedang
menerima hamper dari Tuan Hj Syed Atiqullah (Naib Ydp Pas Kuantan)
dan Ust Fadhli Ibrahim
Juara perlawanan bowling dari cawangan
Kampung Kuala Penur

Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuantan telah berjaya mengadakan perlawanan bowling yang diadakan di Plaza Kuantan, majoriti kehadirannya adalah dikalangan pemuda-pemuda cawangan. Keceriaan program tersebut jelas kelihatan dan bersemangat apabila turut dihadiri sama oleh golongan veteran dan ada yang ditemani oleh keluarga masing-masing.

Ketua Dewan Pemuda Pas Kuantan,Ust Fadhli Ibrahim dalam ucapannya menyentuh bahawa islam tidak melarang penganut-penganutnya untuk bersukan asalkan ianya tidak bercampur dengan perjudian, program ini juga dapat memperkenalkan pemuda-pemuda disemua peringkat cawangan,jadi semangat kerja berpasukan dalam perlawanan bowling ini dapatlah kita terapkan dalam gerakkerja kita dalam kerja-kerja jemaah diperingkat kawasan dan cawangan".

Pengarah program,Sheikh Zubir Razak mengucapkan jutaan terima kasih kepada peserta dengan kehadiran yang begitu baik dan katanya aktiviti seumpama ini akan diadakan dari masa ke semasa.

Beliau juga mengumumkan pemenang individu : 1)Safri Abdullah (Penur :344) 2)Hamdan (Taman Guru:343) 3)Md Darus (Kg Razali :331) 4)Roslan (Sg Isap kampung:323) 5)Syed Hud (Kawasan:307) 6)Muhammad (Pusat bandar :305) 7)Mohd Norharizan (Pusat Bandar :285) 8)Zulhilmy (Penur :283) 9)Nazrin (Kg Sepat :281) 10)Mohd Shahrafil (Penur :278)

Manakala berkempulan pula : 1. Kg Kuala Penur : 1058, 2. Tmn Inderapura: 1043 3. Kg Razali :994

No comments:

Post a Comment