Monday, November 8, 2010

HARI KELUARGA PEMUDA PAS KUANTAN MERIAH

Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuantan telah mengadakan hari keluarganya di pantai Cempaka, Kuantan dengan dihadiri hampir 100 orang ahli keluarga dewan itu. Pengisian program itu berlegar sekitar pengukuhan ukhuwwah sesama ahli dewan dan melahirkan kemesraan dikalangan keluarga masing-masing. Turut diadakan juga sukan untuk kanak-kanak.Program tersebut berakhir pada jam 1.00 petang.
Pengarah program, Hj Fadzil Fauzan (Timb. Ketua DPP Kuantan) berkata "Program ini adalah untuk memupuk ukhuwwah dikalangan pemuda kawasan dan pemuda diperingkat cawangan, merapatkan hubungan diantara isteri-isteri pemuda dan untuk melonjakkan semangat bekerja untuk perjuangan islam."
Ust Fadhli Ibrahim selaku ketua DPP Kuantan berkata "Selain dari merapatkan hubungan dikalangan pemuda, ianya juga memberi satu semangat baru kepada kita untuk bekerja dalam satu saf, Dewan pemuda pas Kawasan juga sekarang mengadakan usrah pemuda dan tempatnya bertukar setiap bulan dengan tujuan mengeratkan hubungan dan memberi semangat kepada Pas cawangan dalam melaksanakan gerak kerja mereka diperingkat cawangan".
(Sila lihat gambar dari bawah)













KETERANGAN GAMBAR DARI BAWAH :
1. DJ dari Dewan Pemuda Pas Kuantan, Sdr Zubir Abdul Razak yang tak kering idea mengolah dan mengusik peserta yang hadir, walau apapun beliau masih bujang.
2. Sdr Muhammad Arifin sedang mengendalikan proses daftar pemilih di pondok urusetia.
3. Pemuda Cawangan sedang mengendalikan BBQ, diperhatikan oleh Bendahari DPP Kawasan.
4. Pok Jak khusyuk membakar ayam
5. Diantara muslimat yang hadir untuk memeriahkan hari keluarga
6. Pengarah program sedang mengendalikan pertandingan "Baling kapal terbang" di tepi pantai.
7. Anak-anak ahli sedang mencuba nasib mereka.
8. Pertandingan "Baling belon berisi air" juga menjadi agenda tuan pengarah.
9. Pertandingan "Bapa lari menggalas anak" dimenangi oleh Ust Arif Zulyadain.
10. Pertandingan rebut kerusi dikalangan anak-anak perempuan.
11. Ust. Fadhli menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada Hj Nawi
12. Sdr Muaz Razak (S/U DPP Kawasan) menyampaikan hadiah kepada peserta yang menang
13. Pengarah Program, Sdr Hj Fadzli sedang menyampaikan hadiah kepada kanak-kanak yang menyertai pertandingan.


No comments:

Post a Comment