Wednesday, September 8, 2010

PEMUDA KUANTAN KENANG JASA GURU-GURU PASTI

Guru-guru Pasti yang hadir semasa pertemuan
Ust Fadhli Ibrahim sedang menyampaikan tazkirah kepada
guru-guru pasti kawasan kuantan
Jasamu dikenang.....Pemuda Pas Kawasan Kuantan menghulurkan
sumbangan kepada guru Pasti

Sempena bulan ramadhan ini, Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuantan telah mengadakan program menyampaikan sumbangan kepada guru-guru Pasti. Program tersebut telah diadakan di Pasti Tanah Putih. Ust Fadhli Ibrahim selaku ketua dewan pemuda pas Kuantan telah menyampaikan tazkirah kepada guru-guru pasti.

Beliau berkata "Guru-guru pasti perlu bangga dengan sumbangan yang telah diberikan kepada anak bangsa pada hari ini, kerana anak-anak yang telah di didik dengan acuan islam itu sekarang ini telah berjaya didalam pelbagai bidang ".

Program berakhir dengan menyampaikan hamper kepada guru-guru pasti yang berkhidmat di daerah Kuantan ini.

No comments:

Post a Comment