Thursday, April 21, 2011

FADHLI IBRAHIM KETUAI PEMUDA KAWASAN KUANTAN

Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuantan telah mengadakan mesyuarat agungnya untuk kali -27 di Markaz Pas Taman Guru baru-baru ini. Lebih kurang 100 orang pemuda di peringkat cawangan hadir untuk menjayakan mesyuarat tersebut.

Kepimpinan diperingkat pemuda Pas Kawasan Kuantan berlaku perubahan apabila Sdr Mohd Fadzil Ilyas (Timbalan Ketua Pemuda Pas) tidak bertanding kerana faktor usia. Ust Fadhli Ibrahim masih lagi diamanahkan sebagai ketua DPP kawasan, manakala timbalan ketua pemuda diamanahkan kepada Ust Sharuddin Muhammad yang sebelum ini merupakan Naib ketua Pemuda dan Naib ketua Dpp yang baru diamanahkan kepada Ust Ahmad Arif Zulyadain dari cawangan Pusat Bandar.

Ahli Jawatankuasa disandang oleh : Sdr Helmi Ismail (Caw Batu 3), Ust Mohd Zaki Zulkafali (Caw Kuala Penur), Sdr Sazali Md Saad (Caw Kg Kurnia),Sdr Khairul Nizam (Caw Kg Kurnia), Syed Roslan (Caw Sg Isap 3), Mohd Ihsan Nordin (Kg Sungai Isap), Zubir Razak (Kg Sungai Isap 2 ), Muaz bin Razak ( Kg Sg Isap 2) dan Sdr Muhammad Rifin (Caw Tanah putih Baru).

Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Ybhg Ust Ilyas Muhammad (Ketua Dewan Pemuda Pas Jerantut) manakala pemerhati daripada Pemuda Negeri ialah ust Khairul azmi (Ketua Dewan Pemuda Maran)

No comments:

Post a Comment