Ini membuktikan PAS ‘tidak pekak’ dengan data dan hasil kajian yang dikemukakan oleh Dr Abu Hasan Hasbullah yang menggambarkan betapa PAS terlalu kurang diterima oleh anak-anak muda.
Kita faham, bagi menangani golongan muda bukan semestinya urusan dan dibebankan kepada Dewan Pemuda semata-mata bahkan perlukan gembelengan semua entiti dalam parti, namun oleh kerana gongan sasar iaitu ‘muda’ maka sudah tentulah Pemuda sendiri yang lebih aula
Menurut laporan media hari ini, ketuanya, Nasruddin Hassan Tantawi berkata, langkah itu adalah susulan hasil kajian Pensyarah Universiti Malaya, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah yang dibentangkan pada Seminar Memperkasakan Parti, Sabtu lalu bahawa parti itu kurang mendapat tempat di hati generasi muda.
Dalam seminar tersebut Dr Abu Hasan Hasbullah menyebut, PAS disokong oleh golongan muda dari umur 21-30 adalah 63 orang, berbanding yang melawan PAS seramai 633 orang; umur 31-40 pula yang menyokong PAS adalah 181 orang, berbanding yang melawan PAS seramai 519 orang.
Mungkin itu satu kajian, namun tidak salah untuk diamati dan diperhalusi.
Nasruddin sendiri berkata, meskipun itu adalah satu kajian persepsi yang diambil daripada sejumlah responden tetapi DPPP sebagai salah satu sayap parti, tidak memandang ringan perkara ini. Sehinggalah jika kelemahan itu dapat dikenal pasti, barulah dapat ditentukan bentuk program yang sesuai selari dengan kehendak generasi muda kini, katanya.
Memang terdapat kebenaran kepada dakwaan Nasruddin itu kerana tidak syak lagi golongan berkenaan yang juga disebut saluran 3 & 4, merupakan pengundi teramai pada PRU akan datang dan seterusnya.
Maka sudah semestinya mereka ini perlu dihampiri secara ‘personal contact’ kerana pertama, mereka perlu didedahkan dengan perjuangan PAS yang selama ini difahami melalui media musuh.
Kedua, lazimnya golongan muda ini bersifat ‘pemberontak’ dan ‘anti-establishment’ iaitu menyongsang arus aliran kerajaan. Cuma mereka perlukan bimbingan dan tunjuk ajar PAS sendiri.
Ketiga, Umno/BN mendekati golongan muda dengan program-program yang kebanyakannya merosakkan golongan tersebut, justeru jika dibiarkan permasalahan sosial dan wabak negatif itu berleluasa tanpa kekangan kelak akan terus merosakkan negara dan anak pribumi ini yang juga pewaris negara masa depan. Jadi menyelamatkan mereka bererti menyelamatkan negara.
Langkah DPPP mengadakan pertemuan secara tertutup selama kira-kira dua jam bersama Pensyarah Undang-Undang, Prof Dr Abdul Aziz Bari di Ibu pejabat Pas Pusat, sebelum ini, juga dianggap tepat ke arah memperkasa parti dan memperkukuhkan hubungan dalam Pakatan Rakyat.
Pertemuan ini adalah lanjutan daripada seminar tempoh hari. Kita wajar mendengar dan mendapat penjelasan lanjut asas-asas kritikan dan teguran yang dilemparkan Aziz dalam tulisannya sebelum ini.
“Pertemuan ini adalah satu bentuk tindakan yang diambil oleh Dewan Pemuda Pas sejurus selesai seminar tempoh hari bagi melaksanakan beberapa tindakan susulan yang perlu diambil secara pro aktif terutama hasil kajian Dr Abu Hasan Hasbullah,” katanya di mana selepas ini DPP akan terus menemui pakar-pakar kajian seperi Profesor Dr Aus Yusof..
PRU akan dating hanya tinggal 2 tahun sahaja atau kurang daripada itu, maka tindakan DPPP dirasakan melakukan permulaan yang betul. Malah bukan DPPP sahaja, kita harap semua pendokong dan penyokong PAS daripada sekarang, jika tidak mahu sejarah 2004 berulang kembali. ( Artikel Putera Semantan dalam www.sidangonline.net )
No comments:
Post a Comment