Monday, October 26, 2009

PAS akan buang hadis palsu dalam teks prasekolah


Jabatan pendidikan prasekolah PAS akan membuang satu hadis yang didakwa palsu dalam buku teks kanak-kanak enam tahun dalam edisi baru, seawal-awalnya diterbit pada 2011, kata seorang pegawainya.Jabatan itu yang mengurus Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) akan mengeluarkan buku teks baru untuk murid tahap dua, kata setiausaha eksekutifnya Kamarul Arif Ambak.

PASTI masih lagi menggunakan buku Pelajaran Al-Quran – yang didakwa menyiarkan hadis palsu itu – cetakan tahun 2005."Sudah lama timbul isu ini, kita sudah bincang tiga, empat tahun lepas kerana masih ada yang berpandangan ia boleh dipakai."Kita masih belum tukar versi baru. Kita ambil perhatian, kita tidak mahu ada perbezaan pandangan sehingga menjadi perbalahan," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Beliau diminta mengulas dakwaan seorang ahli jawatankuasa Dewan Ulama PAS Pahang di blog peribadinya, Selasa lalu.

Khairul Azmi Ismail mendedahkan, hadis berbunyi "hubbul watan minal iman" atau maksudnya "mencintai tanah air itu sebahagian daripada iman" diletakkan di halaman 37 teks tersebut."Sebenarnya ia bukanlah hadis yang sahih atau hasan (boleh disebarkan) malahan dhaif (lemah) pun bukan, bahkan ia merupakan hadis yang palsu yang tidak sepatutnya dimasukkan ke dalam silibus anak-anak kita," katanya.

Selepas merujuk beberapa sumber ulama, beliau menyimpulkan bahawa "hadis ini memang jelas kepalsuannya, sehinggakan para ulama hadis tidak menjumpainya di mana-mana kitab pun dan tidak diketahui siapakah perawinya" dan "hadis palsu haram diajarkan melainkan untuk memberitahu kepalsuannya".

Khairul Azmi menggesa penyusun sukatan pelajaran PASTI membuat penelitian semula dan penambahbaikan terhadap teks-teks rujukan murid supaya kesilapan seumpama ini tidak berulang.Menurut Kamarul Arif lagi, Jabatan PASTI PAS pada asalnya bercadang menerbitkan edisi baru buku teks itu tahun ini tetapi gagal kerana ia masih di peringkat penyusunan dan reka letak buku tersebut.Tambahnya, kedua-dua proses tersebut "memerlukan masa yang agak panjang".

Sunday, October 25, 2009

Ahli diminta bertenang dalam isu EGM


( SUMBER DARI : www.pemudabesut.blogspot.com )

KEMAMAN – Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad meminta supaya ahli dan penyokong PAS supaya bertenang dan tidak mengeluarkan sebarang komen berhubung dengan saranan mengadakan Muktamar Khas oleh Mursyidul Am, Dato’ Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.


Beliau berkata, perkara tersebut InsyaAllah akan diselesaikan dengan seberapa segera, melalui pendekatan lazim yang diambil oleh PAS secara musyawarah, muzakarah atau pertemuan dari hati ke hati. ”Saya mengharapkan supaya semua ahli-ahli diperingkat bawah dan pimpinan diminta bertenang, InsyaAllah perkara ini kita akan dapat diselesaikan tidak berapa lama lagi melalui konsep secara lazim yang kita lakukan,

”berdasarkan kepada pertemuan, muzakarah dan berbincang dari hati ke hati, dan InsyaAllah perkara ini akan diselsaikan dengan baik,”katanya yang ditemui ketika menghadiri satu program penerangan, di Chukai, dekat sini, semalam, 24 Oktober.

Beliau turut menyeru supaya sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak kepada media diharap tidak akan mengeruhkan lagi suasana dan keadaan.

Katanya, beliau yakin dengan kekuatan dan kebijaksanaan serta konsep ‘berlapang dada’ yang ada pada pimpinan PAS akan dapat menguruskan sebarang krisis sebagaimana yang pernah berlaku sebelum ini.

”Kita penuh yakin kerana kekuatan yang ada pada pimpinan PAS didalam mengatasi pelbagai krisis (sebelum ini) kita berjaya, yang mana ketika menghadapi (isu) ‘Unity Government’ (sedikit masa) dulu,

”kita (dapat) lihat bagaimana suasana yang agak (meruncing seolah-olah) politik dalam PAS ini telah ‘bergoncang’,

”tapi AlhamduliLlah dengan kebijaksanaan, dengan konsep berlapang dada, dan juga konsep musyawarah yang dilakukan kepimpinan kita (PAS), AlhamduliLlah pekara itu dapat diselesaikan dengan baik,”jelasnya.

Menurutnya, tindakan segera yang akan diambil PAS adalah mengaturkan satu pertemuan diantara Mursyidul Am dengan kepimpinan tertinggi bagi mendengar sendiri apakah sebenarnya hasrat hati beliau.

”InsyaAllah kita akan bertemu dengan Tok Guru (Nik Aziz) sendiri, untuk (mendengar) dan berbincang apakah maksud hasrat dihatinya dan pandangan-pandangan yang kita perlukan (daripada) beliau,”ujarnya.

Katanya, beliau yakin dengan kaedah pertemuan tersebut dan percaya, semua pihak akan dapat menerimanya dengan baik. BO

Friday, October 23, 2009

KPP DAN PR - ADAKAH PAS BERUBAH ?


( Pandangan Ust Nik Abduh Dato' Nik Abdul Aziz )
Ada dua isu politik menarik yang perlu diberi perhatian hari ini. Pertama, usaha terkini PAS menaik tarafkan Kelab Penyokong PAS ( KPP ) yang menghimpunkan masyarakat bukan Islam yang menyokong perjuangan PAS yang ditubuhkan sekitar lima tahun lalu menjadi sebuah sayap parti secara rasmi.

Perkembangan terbaru kini seakan mengesahkan bahawa PAS telah betul – betul bersedia menerima perubahan besar dalam struktur dan binaan partinya. Mungkin kerana ianya tampak akan memberikan impak yang agak besar, maka ia telah mengambil masa yang agak lama untuk diputuskan.

Kedua, usaha menjadikan Pakatan Rakyat ( PR ) sebagai sebuah pakatan politik berdaftar sebagaimana BN. Cadangan ini menerima reaksi positif daripada pelbagai pihak termasuk daripada kalangan golongan ulamak dalam PAS yang sering dilihat lambat atau lebih tepat, terlalu berhati – hati.

Walaupun cadangan ini masih baru berbanding cadangan KPP sebagai sayap rasmi PAS, kesan positifnya pasti akan menjadi pemangkin kepada usaha – usaha seterusnya untuk menjadikannya sebuah kenyataan.

Secara ringkas, saya akan kemukakan beberapa kesan yang akan melonjakkan PAS sebagai sebuah parti politik Islam yang berjaya insya Allah, hari ini dan akan datang.

1) Membuka lembaran lebih luas untuk PAS melumati fiqh kedudukan non muslim di dalam sebuah masyarakat Islam yang terlaksana di dalamnya nilai – nilai sejati Islam.

Anda sedang melihat bagaimana langkah pertama, iaitu menjadikan KPP sebagai sebahagiaan binaan PAS telah agak memakan masa. Ia berpunca daripada perbincangan hukum yang diteroka secara lebih mendalam berbanding sebelumnya. Mungkin langkah – langkah seterusnya akan berjalan lebih laju dan meyakinkan. Ini memaksa para bijak pandai dan sarjana Islam untuk bertungkus lumus memecahkan isu – isu tertunda yang mesti disegerakan jawabannya. Ini baik untuk kemajuan Islam dalam negara.

2) Memecahkan tembok yang memisahkan PAS daripada masyarakat non muslim. BN membina tembok ini atas dua perkara. Pertama, mengelakkan PAS daripada mendapat tempat di kalangan masyarakat non muslim, seterusnya meminggirkan PAS daripada arus perdana. Kedua, tradisi politik perkauman dalam BN dan negara telah menjadikan PAS yang memperjuangkan Islam dan tanpa identiti kaum tiada tempat di hati non muslim.

Dengan wujudnya sayap non muslim di dalam tubuh PAS tidak lama lagi, tembok pemisah yang telah mula runtuh secara perlahan melalui ‘engagement’ dengan non muslim semenjak dulu lagi akan segera ranap dan mencetuskan fenomena politik baru yang semakin menarik dan menguntungkan rakyat Malaysia.

3) Meruntuhkan ideologi kebangsaan dan perkauman yang menerasi kemerdekaan dan demokrasi negara secara lebih berkesan. BN dengan kekuatannya sebagai penguasa negara telah berjaya menanam ideologi salah ini sehingga menjadi darah daging yang sukar dibuang daripada jiwa rakyat dan negara. Usaha PAS memahamkan rakyat, samada Islam atau bukan Islam bahawa ideologi tersebut akan merosakkan negara tampak begitu sukar, bahkan Pas pula dituduh punca perpecahan.

Dengan wujudnya sayap rasmi non muslim dalam parti PAS, ia sudah pasti akan menjadi senjata utuh untuk menolak sistem politik warisan penjajah barat tersebut, lalu sistem yang lebih adil akan mula dibentuk. Penerimaan kaum non muslim terhadap Islam dan sistemnya adalah jawaban dan jaminan benarnya seruan rakyat kearah sistem hidup yang lebih adil dan saksama dilaksanakan di dalam negara kita yang berwajah majmuk.

Runtuhnya ideologi kebangsaan bermaksud runtuhnya UMNO dan sekutunya.

4) Gerakan dakwah Islamiyah menjadi lebih terbuka dan berkesan. Salah satu faktor utama yang melambatkan suara dakwah Islam adalah wujudnya sekatan yang menghalang manusia mendengar dan memahami Islam daripada sumbernya yang sebenar dan asli. Justeru agama menyifatkan sekatan itu sebagai sebahagian daripada ‘fitnah’ yang lebih besar dan dahsyat daripada membunuh. Manusia tanpa iman adalah mati.

Sayap non muslim dalam PAS bukan bererti non muslim dimestikan masuk usrah dan mendengar sebagaimana ahli PAS mendengar Islam, tetapi ia bererti tiada lagi halangan untuk mereka mendengar, memahami, bahkan menerima Islam sebagai cara hidup di dunia ini.

Maka wujudlah suasana yang segar di dalam penyebaran Islam di dalam negara. Tiada paksaan daripada PAS dan tiada sekatan daripada BN.

5) PAS bukan lagi dianggap milik orang Melayu. PAS adalah milik semua kaum yang menerima Islam sebagai cara hidup, samada mereka menganutinya sebagai ugama atau tidak. Persepsi bahawa PAS adalah milik Melayu begitu sukar dihilangkan walaupun PAS telah lama menerima keahlian daripada semua kaum atas sifatnya sebagai parti agama, bukan kaum. Tetapi oleh kerana PAS masih tidak membuka keahliaannya kepada bukan Islam, maka persepsi PAS adalah Melayu terus kekal sehingga begitu sukar untuk dinafikan walaupun setelah terbentuknya Kelab Penyokong PAS ( KPP ) yang telah menerima semua tanpa mengira kaum, agama dan warna.

Dengan terbentuknya sayap bukan Islam dalam PAS, ia dengan sendirinya mengubah persepsi masyarakat negara yang berbilang kaum terhadap PAS. PAS akan lebih mudah didekati dan difahami.

6) Membuktikan keadilan, keterbukaan dan kesejagatan Islam. Ia adalah tiga ’aset’ penting bagi sesebuah parti politik untuk bertapak di dalam dunia demokrasi liberal hari ini. Dengan persembahan dan penayangan Islam yang lemah dalam kehidupan, PAS sentiasa berdepan dengan cabaran membuktikan keadilan, keterbukaan dan kesejagatannya untuk memimpin negara. Selagi pembuktian kekal lemah, selama itulah PAS berada di dalam igauan cabaran tersebut.

Pembentukan Pakatan Rakyat yan berdaftar dan penerimaan sayap bukan Islam untuk menjadi sebahagian binaan parti PAS pasti menjadi bukti yang kukuh dan cukup signifikan untuk menarik sokongan seluruh lapisan rakyat kepada PAS.

7) PAS diterima sebagai parti perpaduan. Isu utama negara kita adalah perpaduan kaum. Perpaduan rakyat yang majmuk adalah faktor besar kesejahteraan ekonomi negara. Justeru parti – parti politik negara terdesak sekali untuk membuktikan diri masing – masing sebagai peneraju perpaduan negara.

Walaupun PAS telah banyak membuktikan dalam sejarah dan politik semasa bahawa mereka adalah sebuah parti yang menyeru kepada perpaduan kaum, kelahiran sayap bukan Islam sebagai organ penting parti dan gabungan parti PAS dalam Pakatan politik berdaftar pastinya mempunyai impak yang terlalu besar ke arah penerimaan seluruh rakyat terhadap wibawa dan kesungguhan PAS memperteguhkan perpduan kaum. PAS akan dilihat paling mampu memberi jaminan keselamatan dan perpaduan.

8) Memudahkan usaha menyelesaikan pergeseran di dalam Pakatan Rakyat. Ia adalah keuntungan semasa yang terlalu dibutuhkan. Sesuatu pergeseran dalam apa jua bentuk memerlukan medium perdamaian yang berwibawa yang boleh mencetuskan sikap saling mempercayai dan toleransi di antara kumpulan yag bertelagah.

Samada pembentukan Pakatan Rakyat yang berdaftar ataupun sayap rasmi bukan Islam dalam PAS, kedua – duanya pasti menjadi pemudah cara yang akan membantu merapatkan jurang di antara parti – parti pakatan pembangkang ke arah merealisasikan kemenangan yang diimpikan.

9) Melenyapkan ketakutan terhadap tuduhan kaitan PAS dengan kumpulan pengganas. PAS pernah dicop sebagai agen dan dikaitkan dengan rangkaian keganasan antarabangsa. Walaupun ianya terbukti salah dan bersifat tuduhan liar, tetapi sifat PAS sebagai sebuah gerakan Islam yang mempunyai rangkaian antarabangsa yang sesetengahnya dikaitkan dengan keganasan seperti HAMAS menjadikan PAS terus berdepan kemungkinan dicop sekali lagi sebagai pengganas.

Wujudnya keahlian dan sayap bukan Islam dalam PAS akan menjadi benteng utama menolak dakwaan yang tidak berasas itu. Apatah jika PAS mempunyai calon bukan Islam di parlimen nanti.

10) Idea dan sumbangan PAS kepada negara menjadi lebih gagah. Tidak dapat dinafikan betapa besarnya peranan bukan Islam di dalam memajukan negara terutama di dalam bidang ekonomi, politik, pembangunan dan lain – lain. Walaupun sering dinafikan peranannya, parti politik pembangkang sering menyumbang idea dan pendapat yang akhirnya diterima pakai oleh pemerintah dan negara.

Wujudnya sumbangan, buah fikiran dan kepakaran yang baru dan bernas daripada orang – orang Cina, India dan lain – lain bangsa di dalam PAS pasti akan menaikkan imej PAS di mata rakyat sebagai parti yang sentiasa bersedia menghadapi cabaran daripada semua sudut.

11) Jaringan antara bangsa PAS menjadi lebih luas. Jika sebelum ini PAS hanya dikenali dan diraikan oleh gerakan dan parti Islam di peringkat antara bangsa dan oleh negara – negara Islam sahaja, maka kewujudan sayap bukan Islam di dalam PAS pastinya akan melebar luaskan jaringan antarabangsanya kepada parti – parti dan negara – negara bukan Islam.

Ini akan membuka laluan lebih besar ke arah peranan politik yang lebih berkesan di peringkat antara bangsa.

12) PAS layak menerajui negara. Inilah impian semua parti politik. Yang paling bagus dan meyakinkan, itulah yang paling layak menerajui negara.

Cabaran politik baru yang diharungi dengan berani oleh PAS hari ini sudah pasti akan memberikan kesan positif ke arah PAS yang lebih ideal dan diterima. Walau bagaimana pun, kesan – kesan positif di atas hanyalah akan diperolehi jika persekitarannya juga adalah positif. Justeru PAS mestilah juga memugar dan memelihara persekitarannya yang baik dan kondusif.

Jika sebaliknya, paling tidak, kita gagal memetik buah yang diimpikan. Saya akan menukilkan beberapa cabaran yang perlu dilepasi di dalam tulisan akan datang.

Thursday, October 22, 2009

Kelantan cadang sekat kenaikan pangkat kakitangan, ADUN yang MEROKOK

KOTA BHARU - Kerajaan Negeri Kelantan dicadangkan supaya menyekat kenaikan pangkat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan pegawai kerajaan negeri yang merokok.Cadangan itu dikemukakan Abdul Fattah Harun (Pas-Bukit Tuku) ketika persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di sini, semalam.Abdul Fattah berkata, cadangan itu adalah selaras dengan hasrat Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang tidak mahu pemimpin negeri itu mengamalkan budaya tidak sihat.

“Saya mencadangkan pimpinan Kerajaan Negeri meletakkan syarat iaitu mana-mana ADUN dan pegawai Kerajaan Negeri yang merokok tidak akan dinaikkan pangkat,” katanya.Cadangan itu disambut dengan satu lagi alternatif oleh Zainuddin Awang Hamat (Pas-Limbongan) turut memberikan cadangan supaya Kerajaan Negeri memberikan insentif kepada kedai yang tidak menjual rokok.Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan, Wan Ubaidah Omar ketika memberikan reaksi kepada cadangan tersebut berkata, Kerajaan Negeri sedia mengkaji untuk memberikan insentif kepada mana-mana premis yang tidak menjual rokok kepada orang ramai.

“Kerajaan Negeri sangat dukacita usaha yang dilakukan termasuk oleh Kerajaan Pusat tidak mencapai objektif sasarannya. Kita akan berusaha memberi kefahaman termasuk menjelaskan fatwa yang mengatakan merokok itu adalah haram.“Berdasarkan laporan, lebih separuh lelaki di Kelantan ketika ini adalah perokok. “Kita juga sudah mengedarkan fatwa bahawa merokok itu haram kepada orang ramai, premis perniagaan dan klinik bagi memberi kesedaran terhadap masyarakat,” katanya.Beliau berkata, Kerajaan Negeri juga telah mengadakan Bengkel Nafas Baru yang disertai 90 imam dan penghulu dari seluruh negeri supaya bahaya merokok dapat disampaikan kepada rakyat di setiap peringkat bagi mewujudkan kesedaran tersebut.

“Kita buat bengkel ini kepada imam dan penghulu iaitu pemimpin masyarakat supaya mereka dapat menyampaikan pula hasrat kerajaan negeri kepada rakyat di peringkat bawah.“Kerajaan Negeri berharap perokok yang sedar bahawa merokok itu haram dan membazir mendapatkan rawatan pemulihan untuk berhenti merokok di klinik swasta dan kerajaan,” katanya.

Pas tetap tubuh kerajaan Islam -Datuk Takiyuddin Hassan


KOTA BHARU - Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Pas akan tetap meneruskan matlamatnya menubuhkan kerajaan Islam berlandaskan al-Quran dan hadis selaras dengan perlembagaan serta perjuangan parti itu.Takiyuddin berkata, pada masa kini, perlaksanaan undang-undang Islam itu tidak dapat dilaksanakan walaupun di negeri yang diperintah Pas kerana sistem perundangan negara ini berlandaskan sistem sekular yang meletakkan perlembagaan mengatasi segala-galanya.Beliau berkata, sekiranya Kerajaan Negeri meluluskan undang-undang baru berasaskan Islam ia tidak akan disahkan kerana bertentangan dengan perlembagaan.

“Sebagai disebutkan perlembagaan Persekutuan telah disahkan sebagai undang-undang utama dan tertinggi oleh sebab itu perlembagaan negeri termasuk Kelantan terpaksa mengikut perlembagaan Persekutuan jika tidak ia tidak sah.“Pun begitu, kita akan meneruskan matlamat utama seperti termaktub dalam perlembagaan parti adalah perjuangan untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang dalamnya wujud undang-undang Allah.“Ia akan tetap diteruskan sehingga sampai ketika kerajaan Persekutuan menukar sistem sekular kepada sistem Islam, kita akan bubar Pas masuk UMNO tetapi saya yakin sampai bila-bila pun ia tidak akan berlaku dan perjuangan kita akan diteruskan,”

katanya ketika menjawab soalan lisan dan tambahan daripada Abdul Halim Abd. Rahman (Pas-Chetok), Hassan Mohamod (Pas-Tawang) dan Muhammad Mustafa (Pas-Demit) pada sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan di sini, semalam.Ahli Jawatankuasa Pas Pusat itu berkata, di bawah pemerintahan Pas, Kerajaan Kelantan telah meluluskan dua enakmen untuk melaksanakan hukum Islam di negeri ini.“Selepas 19 tahun Kelantan di bawah Pas, kita telah mengambil pelbagai inisiatif untuk memartabatkan Islam sebagai contoh pada tahun 1993 kita luluskan undang-undang yang cukup penting iaitu Enakmen Kanun Jenayah Syariah dan Enakmen Hudud.

Kedua-duanya telah diperkenankan oleh Sultan Kelantan dan diwartakan pada sidang DUN tetapi tidak dapat dilaksanakan disebabkan pelbagai tekanan dan ugutan, kita tidak faham kenapa mereka takut sangat kepada hukum Allah,” katanya.Beliau berkata, mengikut pandangan pakar perundangan, agama Islam bukannya agama rasmi negara ini walaupun ia termaktub dalam perlembagaan.“Dalam Perlembagaan Persekutuan jelas menunjukkan bahawa Islam ialah agama persekutuan tetapi agama lain boleh diamalkan dengan bebas.“Pakar-pakar undang-undang menjelaskan bahawa maksud Islam bukan seperti mana yang kita faham iaitu Islam agama rasmi,” katanya.

Sehubungan itu beliau berkata, Mahkamah Syariah di negara ini tidak dapat menegakkan undang-undang Islam dan tanggungjawabnya hanya meliputi ruang lingkup yang amat terhad seperti undang-undang kekeluargaan, perkahwinan dan perceraian.“Mahkamah Syariah hanya dibenarkan melaksanakan hukuman penjara tidak lebih dari lima tahun, denda tidak melebihi RM5,000 dan denda tidak melebihi enam sebatan.“Syarat yang lebih dikenali dengan ‘Akta 356’ pada masa sekarang, ia jelas menunjukkan bahawa Mahkamah Syariah amat terikat dengan akta ini,” katanya.(sumber dari www.demokrasi93.blogspot.com )

Wednesday, October 21, 2009

pemuda pas serah memorandum undi pos Bagan pinang

(sumber dari www.pemudabesut.blogspot.com )
Table 1: Keputusan pengundian mengikut peti undi

MEMORANDUM ADUAN KEPADA SUHAKAM MENGENAI KETIDAKTELUSAN UNDI POS KHUSUSNYA MENGENAI PRK N.31 BAGAN PINANG YANG DIADAKAN PADA 11/10/2009.

BAHAWASANYA Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan menjamin tiap-tiap warganegara yang telah mencapai umur 21 tahun dan bermastautin di Malaysia berhak untuk didaftarkan sebagai pengundi dan berhak mengundi di dalam bahagian pilihanraya yang ditetapkan;

BAHAWASANYA Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan menjamin semua orang termasuk pengundi pos yang terdiri daripada askar, polis dan lain-lain kumpulan adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang;

BAHAWASANYA Perkara 10(1) Perlembagaan Persekutuan menjamin kebebasan tiap-tiap warganegara untuk bebas bercakap dan mengeluarkan fikiran termasuk bagi tujuan berkempen kepada para pengundi pos khususnya anggota tentera dan polis;

BAHAWASANYA Perkara 21(3) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 (UDHR) menjamin kemahuan rakyat hendaklah menjadi asas kewibawaan kerajaan dan kemahuan ini hendaklah dibuktikan melalui pilihanraya berkala yang sejati yang mana hendaklah diadakan secara sejagat dan sama rata dan hendaklah diadakan secara undi sulit atau melalui acara pengundian bebas yang ketara;

BAHAWASANYA Laporan Tahunan SUHAKAM tahun 2007 telah menekankan tema pilihanraya yang bebas dan saksama serta kebebasan bersuara, berhimpun dan pentingnya kesamarataan antara calon serta parti yang bertanding bagi mewujudkan masyarakat demokrasi yang madani;

MAKA saya, Suhaizan bin Kaiat mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia merangkap Ketua Jawatankuasa Khas Undi Pos PRK N.31 Bagan Pinang ingin membuat aduan berkaitan ketidaktelusan dalam perjalanan pilihanraya yang melibatkan undi pos. Berikut adalah aduan yang telah saya terima sepanjang perjalanan pilihanraya kecil N. 31 Bagan Pinang yang diadakan pada 11 Oktober 2009.

KES 1 : SISTEM UNDI POS YANG LONGGAR

Maklumat Pengundi Pos Di N31 Bagan Pinang adalah seperti berikut :

A. Pecahan Mengikut Jenis Perkhidmatan :

1. Pengundi pos (Tentera) : 4,571
2. Pengundi pos (Awam) : 9
3. Pengundi pos (Polis) : 31
Jumlah pengundi pos : 4,611

B. Pecahan Pengundi Pos Hadir dan Tidak Hadir

1. Pengundi Hadir (Hadir ke Kem) : 1,631
2. Pengundi Hadir Tetapi tidak datang mengundi : 69
3. Pengundi Tidak Hadir(Kertas undi dipos) : 2,911
4. Pengundi Tidak Hadir Tetapi Kertas Undi Tidak Dikembalikan : 371

C. Keputusan Pengundian

Undi BN : 3,521
Undi PAS : 601
Undi Rosak : 49
Jumlah Undi Diterima : 4,171

Terdapat dua kaedah perlaksanaan Undi Pos yang telah diamalkan oleh SPR, pertamanya Pengundi Hadir dan keduanya Pengundi Tidak Hadir. Pengundi Hadir seramai 1,631 orang adalah pengundi yang berada di dalam Kem. Mereka hadir ke Kem Pusat Latihan Asas Tentera Darat(PUSASDA) untuk mengambil Sampul Keutamaan kemudian mengundi.

Pengundi Tidak Hadir adalah seramai 2,911 orang anggota tentera yang berada diluar Kem atau sedang bertugas. Kertas undi mereka akan diuruskan oleh JRP (Jabatan Rekod Dan Pencen), MINDEF(Ministry Of Defence), Kuala Lumpur. JRP pula akan menyerahkan tugas mengantar Sampul Keutamaan yang didalamnya terdapat kertas undi kepada unit semboyan tentera untuk menghantar dan memunggut kembali setelah mengundi. Keadah penyerahan Sampul Keutamaan ini adalah seumpama memberi kad hari raya atau seumpama memberi kad jemputan. Penyerahan ini tampa kawalan daripada SPR mahupun ejen-ejen pengundian pos. Ia boleh berlaku 24 jam.

Disinilah punca utama yang membuktikan sistem undi pos ini longgar. Manipulator akan menggunakan kesempatan ini untuk mengatur agenda mereka. Contohnya unit semboyan tidak menyerahankan Sampul Keutamaan kepada pengundi sebaliknya mengembalikan kertas undi dalam keadaan yang telah diundi. Keadaan ini sangat mudah berlaku kerana berada diluar kawalan pihak SPR dan ejen pengundian pos.

Baki Sampul Keutamaan yang telah diserah kepada unit semboyan pula tidak pula diserahkan kepada pihak SPR. Contohnya dalam kes Bagan Pinang terdapat 371 Sampul Keutamaan yang tidak diserah kembali kepada SPR. Kecurigaan berlaku di sini. Apakah status pengundi seramai 371 orang ini ? Mengapa kertas undi mereka tidak kembali ? Dimana kertas undi mereka ?

KES 2 : KECURIGAAN TERHADAP PETI UNDI MINDEF

(Rujuk Table 1)

Selepas Proses Penyerahan pada 7hb Oktober 2009, Sampul Keutamaan pengundi pos tentera yang dalam proses peralihan (pencen) telah dihantar ke MINDEF. Selepas Proses Pengiraan pada 11hb Oktober 2009 PAS mendapat 0 di peti undi 14, 15 dan 16. Telah disahkan oleh Ejen Pengundian Pos Sdr. Mohzaid Bin Mohid bahawa peti undi 14, 15 dan 16 adalah datangnya daripada MINDEF. Terdapat 17 peti undi keseluruhan hanya peti undi 14, 15 dan 16 sahaja calon PAS mendapat 0.

Persoalannya mengapa PAS dapat 0 dan BN dapat 881? Apakah munasabah anggota tentera yang dalam proses pencen tidak langsung mengundi PAS? Pengundi-pengundi dalam proses pencen(peralihan) adalah mereka yang sedang mengikuti latihan persediaan untuk pencen. Mereka adalah golongan kritikel kepada Barisan Nasional(BN). Mereka berkemungkinan besar menyokong PAS kerana mereka hampir bebas daripada ikatan tugas sebagai seorang anggota tentera. Saya cukup curiga terhadap peti undi 14, 15 dan 16.

KES 3 : PENGGUNAAN DAFTAR PEMILIH YANG BERBEZA

Semasa proses pengundian pada 8hb, 9hb dan 10hb Oktober 2009. Pihak Kem Pusat Latihan Asas Tentera Darat(PUSASDA) telah menggunakan daftar pemilih yang berbeza daripada yang dikeluarkan oleh SPR. Terdapat banyak perbezaan dalam daftar pemilih yang dikeluarkan oleh Kem.

Berikut adalah perbezaan yang terdapat pada daftar yang digunakan dalam Kem:

1. Daftar pemilih tentera tidak mempunyai nombor siri pengundi pos yang sebenar seperti yang dikeluarkan oleh daftar pemilih SPR.

2. Daftar pemilih tentera tidak mempunyai nombor identiti isteri pengundi pos

3. Daftar pemilih tentera tidak mempunyai nombor lokaliti pengundi pos.

4. Daftar pemilih tentera tidak mempunyai nombor kad pengenalan lama isteri pengundi pos.

Perbuatan di atas adalah menyalahi Peraturan 14A Peraturan-peraturan Pilihan Raya(Perjalanan Pilihan Raya) 1981 yang menyatakan bahawa:

“Daftar pemilih yang dikemukakan kepada calon pada hari penamaan hendaklah merupakan naskah sahih daftar pemilih yang akan digunakan oleh pegawai pengurus dan ketua tempat mengundi sesuatu tempat mengundi pada hari mengundi.”

Berdasarkan kepada laporan Ejen Pengundian Pos yang bertugas pada hari tersebut pihak Kem adakalanya menggunakan pen untuk memasukkan nama-nama pengundi yang tertinggal.

KES 4: EJEN PENGUNDIAN POS TIDAK DAPAT MELAKSANAKAN TUGAS

Pada pertemuan dengan SPR pada 28.09.2009 dan 07.10.2009, Pengerusi SPR Tan Sri Abd Aziz Bin Mohd Yusof telah berjanji akan membenarkan ejen pengundian pos membuat semakkan pemilih dan boleh mengesahkan kehadiran pengundi pos di dalam kem seperti pengundian Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu tahun 2008. Malangnya semasa pengundian, ejen-ejen pengundian pos tidak diberikan senarai daftar pemilih yang digunakan oleh pihak Kem dan daftar pemilih Kem sangat berbeza dengan daftar pemilih yang dikeluarkan oleh SPR. Pegawai Bertanggungjawab di dalam Kem pun tidak menteriakkan maklumat pengundi kepada ejen seperti yang dilaksanakan dalam Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu. Oleh kerana itu ejen-ejen tidak dapat berperanan seperti yang sepatutnya.

Pengunaan daftar pemilih tentera yang berbeza dengan daftar pemilih SPR telah menyebabkan ejen pengundian pos calon PAS :

1. Tidak boleh mengesahkan identiti pengundi pos semasa mereka datang mengundi.

2. Tidak boleh mengesahkan bilangan keseluruhan pengundi pos.

3. Tidak boleh mengesahkan bilangan sebenar pengundi yang telah hadir dan tidak hadir.

4. Tidak boleh mengesahkan pengundi pos yang meragukan.


KES 5 : DOUBLE VOTE(PENGUNDI BERTINDAN)

Pada 7hb Oktober 2009 suatu pertemuan telah diadakan di SPR. Empat orang wakil PAS adalah Dato Mustafa Ali, Dato Halim Abd Rahman, Sdr. Suhaizan Kaiat dan Sdr. Mohd Mohzit Bin Mohid. Kami telah membantah 253 Pengundi Pos yang mempunyai 2 nama dalam daftar pemilih (Double vote). Berdasarkan kepada daftar pemilih yang telah wartakan pada 15hb September 2009 terdapat 253 pengundi pos di Bagan Pinang boleh mengundi di dua tempat berbeza. Contohnya boleh mengundi di Bagan Pinang, Negeri Sembilan menggunakan identiti tentera dan menggunakan identiti awam di suatu DUN di Kelantan.

Perkara ini bertentangan dengan seksyen 10 Akta Pilihanraya 1958 :

“Tiada seorang pun berhak dimasukkan dalam daftar pemilih sebagai seorang pemilih dalam lebih daripada satu bahagian pilihan raya bagi maksud sesuatu pilihan raya”

Malangnya SPR tetap berkeras percaya bahawa mereka mempunyai kuasa dibawah peraturan 14 Peraturan-Peraturan Pilihan Raya(Perjalanan Pilihan Raya) yang menyatakan bahawa nama pengundi dalam daftar pemilih adalah menjadi keterangan prima facie untuk mereka mengundi walaupun mereka telah pencen.

KES 6 : PENGAKUAN PAK ABU KASSIM

Pada hari Isnin 28hb September 2009 pimpinan PAS yang diketui oleh YB. Dato Abdul Halim Bin Abd Rahman telah berjumpa dengan SPR. Wakil PAS adalah YB. Salahuddin Ayub, Sdr. Kamaruzaman Mohammad , Sdr. Suhaizan Kaiat, Sdr Abu Kassim Bin Ali (Pak Abu Kassim) dan ramai lagi. Pihak SPR pula dibarisi oleh Pengerusinya Tan Sri Abd Aziz Bin Mohd Yusof, Timbalan Pengerusi Dato Wan Ahmad Wan Omar dan lain-lain lagi.

Pak Abu Kassim adalah bekas anggota tentera berpangkat Sarjan. Berikut adalah sedutan perbincangan dengan pihak SPR.

Suhaizan Kaiat : Selepas Komanden menerima Karung Khas SPR yang di dalamnya terdapat Sampul-sampul Keutamaan dan selepas Proses Penyerahan pada hari pertama bagi menunggu Proses Penyerahan untuk hari yang kedua Karung Khas SPR akan disimpan dalam Gurd Post tentera atau lokup polis atau bilik kebal SPR. Pihak EPP(Ejen Pengundian Pos) tidak dibenarkan berkawal kerana kedua-duanya adalah kawasan larangan untuk orang awam. Keadaan ini mencurigakan. Terdedah kepada sabotaj daripada pihak-pihak tertentu. Kes Al-Maunah dan suspek lari daripada lokup di Kota Tinggi tahun 2008 merupakan bukti-bukti yang balai polis dan Kem Tentera tiada jaminan Karung Khas SPR selamat.

Dato’ Wan Ahmad Wan Omar : Jadi tuan tidak percaya dengan tentera dan polis lah?

Suhaizan Bin Kaiat : Maaf Pengerusi saya minta bekas anggota tentera Pak Abu Kassim yang turut sama datang hari ini beritahu kita bagaimana beliau handle Karung Khas SPR semasa bertugas.

Pak Abu Kassim : Maaf tuan. Saya ni bekas anggota tentera. Terlibat dalam pentadbiran. Sayalah yang pangkah dacing pada kertas-kertas undi tu. Saya pangkah BN. Banyak tuan.

Tan Sri Abd Aziz : Kenapa tak pangkah bulan ?

Pak Abu Kassim : Saya pangkahkan bulan juga tapi saya rosakkan borang 2. Saya takut masa tu tuan sebab pegawai saya duduk belakang saya. Saya patuh ajalah arahan dia.

Tan Sri Abd Aziz : Bila tu Pak Abu?

Pak Abu Kassim : Masa saya bertugas sebelum tahun 2000.

Tan Sri Abd Aziz : Itu cerita lama. Sekarang era saya tak akan berlaku lagi.

Suhaizan Kaiat : Lama memang lama. Tapi sistem tetap sama tuan.

Tan Sri Abd Aziz : Sekarang tidak akan berlaku lagi.

Sedutan pertemuan ini membuktikan bahawa mudahnya undi pos dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu.

KES 7 : CARA SERAHAN SAMPUL KEUTAMAAN

Semasa dalam Proses Penyerahan atau Proses Pengundian Pos dibuat dalam PRK Bagan Pinang. Sepasang suami isteri yang namanya ada dalam daftar pemilih sebagai pengundi pos tetapi kertas undinya tiada di Pusat Latihan Asas Tentera Darat(PUSASDA) telah menghubungi saya. Kemudian saya telah memberi nasihat agar membuat semakkan kali kedua pada hari esoknya dengan membawa salinan daripada semakkan daftar pemilih yang terdapat dalam laman Web SPR.Hari keduanya pasangan ini pergi ke PUSASDA tetapi jawapannya juga sama kertas undinya tiada di sana.

Akhirnya mereka menghubungi JRP (Jabatan Rekod & Pencen), MINDF bertanyakan kertas undi mereka. Akhirnya JRP berjanji akan menyerahkan kertas undi di Port Dickson. Esoknya Unit Semboyan datang untuk menyerahkan kertas undi.

Saya dan rakan-rakan membuat intipan bagaimana serahan kertas undi ini dibuat. Akhirnya telah dapati bahawa serahan telah dibuat oleh bebarapa anggota tentera berdekatan dengan Pasar Mini Market pada jam 7.30 malam.Pada hari esoknya unit yang sama juga mengambil semula kertas undi untuk dimasukan ke dalam Karung Khas SPR.

Jika inilah cara penyerahan Sampul Keutamaan maka kaedah ini sangat mudah dimanipulsi oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab. Keadah ini sangat mencurigakan.

KES 8 : PENGAMBILAN SAMPUL KEUTAMAAN UNDI DILUAR MASA MENGUNDI

Pada jam 5.45 petang 10hb Oktober 2009 wakil calon PAS Sdr. Ramli Bin Ismail telah menjadi saksi kepada penyerahan lebihan Sampul Keutamaan yang telah diserahkan oleh Mohamad Bin Ab Ghani Penolong Pegawai Pengurus Pos N31 – Bagan Pinang kepada Kept Azizi bin Elias, Pegawai Tentera di Tingkat 7 Kompleks Pentadbiran Daerah & Tanah Port Dickson.

Berdasarkan kepada perbincangan dengan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Putrajaya pada 7hb Oktober 2009 ,Tan Sri Abdul Aziz Bin Mohd Yusof, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia telah menyatakan bahawa lebihan Sampul Keutamaan yang tidak diambil oleh pengundi hadir dalam kem hendaklah disimpan di Pusat Penyimpanan Tingkat 7 Kompleks Pentadbiran Daerah & Tanah Port Dickson dan tidak boleh dikeluarkan lagi untuk sebarang proses pengundian.Tempoh mengundi yang telah dipersetujui oleh SPR adalah pada 8hb, 9hb dan 10hb Oktober 2009 di antara jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Penyerahan Sampul Keutamaan kepada Kept Azizi bin Elias diluar tempoh mengundi di Pusat Latihan Asas Tentera Darat(PUSASDA), Port Dickson adalah bertentangan dengan persetujuan yang telah dibuat sebelum ini.

Wakil calon PAS Sdr. Ramli Bin Ismail telah membuat laporan polis pada hari yang sama jam 11.30 malam dan membuat bantahan pada hari esoknya kepada pihak SPR. Akhirnya ejen-ejen pengundian pos daripada PAS telah mendapati bahawa Sampul Keutamaan sebanyak 70 keping ini telah dikembalikan semula pada 11hb Oktober 2009 tampa dihantar kepada pengundi pos terbabit.

Persoalannya, apakah peraturan yang telah digunakan oleh SPR dan pihak Kem sehingga boleh mengeluarkan Sampul Keutamaan di luar waktu mengundi ? Apakah matlamat Kept Azizi Bin Elias dan En. Mohamad Bin Ab Ghani membuat serahan tersebut? Mangapa pula Sampul Keutamaan dikembalikan semula setelah laporan polis dibuat ?

KES 9 : MENTERI BN BERKEMPEN DALAM KEM TENTERA

Saya telah mendapat aduan daripada pengundi pos mengenai Jamuan Hari Raya pada 6hb Oktober 2009 di Institut Kejuruteraan Tentera Darat (IJED) Kem Kg Sawah dimana Menteri Besar Negeri Sembilan Dato Mohammad Hassan telah menggunakan kedudukannya sebagai Menteri Besar berkempen calon Barisan Nasional dihadapan anggota tentera dalam Kem tersebut. Beliau telah menyatakan :

“ Pada 8 dan 9 haribulan saudara akan mengundi. Jangan lupa mengundi Barisan Nasional. Boleh atau tidak ?....

Pada majlis yang sama Menteri Pertahanan Dato’ Sri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah menggunakan kedudukannya sebagai menteri menggugut anggota tentera, akan menarik balik projek-projek yang telah dijanjikan. Beliau telah menyatakan :

“ Ada banyak projek lagi. Saya nak tengok dulu. 11haribulan kita tengok kertas undi dulu. Berapa peratus ? Itu baru 60%. Boleh 100% kita tambah peruntukkan”

Berkempen Barisan Nasional di dalam Kem adalah tidak adil kerana hanya satu pihak sahaja dapat berkempen di dalam Kem. PAS tidak berpeluang berkempen di dalam Kem. SPR tidak langsung menyusun kempen-kempen PAS di dalam Kem.

KESIMPULAN

Berikut adalah 9 Kes yang membuktikan bahawa Sistem Pengundian Pos yang telah diamalkan oleh SPR adalah terlalu longgar, melanggar peraturan dan mudah dimanipilasi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Saya mendesak pihak SUHAKAM membuat pendengaran awam menyiasat kelemahan Sistem Pengundian Pos ini dan mendesak pihak kerajaan memansuhkan sepenuhnya Sistem Pengundian Pos.

Yang Benar

______________________

Pengadu : Suhaizan bin Kaiat
Alamat : Tingkat 2, Pejabat Agong PAS, 318-A Jln Raja Laut,50350 Kuala Lumpur
Faks : 03-26937227

Tuesday, October 20, 2009

SELAMAT ULANG TAHUN YANG KE -62 DARI DPP KUANTAN

1. Hari ini genap 62 tahun usia Presiden PAS , Al Fadhil Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Beliau dilahirkan pada 6 Zulhijjah 1366 bersamaan [ 20 Oktober 1947. ] di Kampung Rusila Marang , Terengganu . Anak ke 5 dari 9 orang adik beradik .

2. Tuan Guru menuntut di Sekolah Kebangsaan Rusila, Marang kemudian Sekolah Agama Marang dan seterusnya mengambil senawi di Sekolah Agama Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu. Disamping itu belajar agama, Bahasa Arab serta politik dari ayah sendiri iaitu Tuan Guru Haji Awang Muhamad.

3. Tuan Guru melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Madinah dengan biasiswa dari Kerajaan Arab Saudi dari tahun 1969 - 1973 . Tamat dengan B.A (Syariah) . Melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar ke peringkat M.A (Siasah Syariyyah) dan berjaya menamatkannya dalam masa 2 tahun sahaja (1974 - 1975)

4. Tuan Guru Mula aktif sejak tahun 1964 iaitu semasa belajar lagi sebagai Setiausaha Ranting (sekarang cawangan) PAS kampung Rusila , Marang .

5. 1976 , setelah tamat belajar dan pulang ke tanah air , beliau dilantik menjadi Ketua Pemuda PAS Terengganu serta EXCO Dewan Pemuda PAS Pusat. Pada tahun 1977 dipilih menjadi Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan kemudiannya disahkan ke jawatan tersebut pada tahun 1980. Pada tahun 1989 di pilih menjadi Timbalan Presiden PAS setelah Dato' Fadzil Mohd Noor dipilih menjadi Presidennya .

6. Tuan Guru Mula menyertai pilihan raya sebaik sahaja pulang ke tanah air pada tahun 1978 di DUN Marang dan kalah di tangan Tengku Zahid Musa dengan majoriti 68 undi. Pada tahun 1982 diamanahkan sekali lagi menjadi calon PAS di DUN Marang dan Parlimen Dungun. Menang di DUN Marang tetapi kalah di Parlimen Dungun di tangan Haji Awang Jabar. Pada tahun 1986, bertanding DUN Rhu Rendang dan menang tetapi kalah di Parlimen Marang di tangan Abdul Rahman Bakar. Pada tahun 1990 menang di DUN Rhu Rendang dan Parlimen Marang . Begitu juga tahun 1995, menang di DUN Rhu Rendang dan Parlimen Marang.

7. Tuan Guru juga terlibat di peringkat antarabangsa di Madinah apabila menjadi Ketua Pelajar Malaysia Universiti Islam Madinah di samping menjadi Setiausaha Agung Gabungan Pelajar-pelajar Asia Tenggara di Madinah. Semasa di Asia Barat, beliau aktif bersama Gerakan Ikhwanul Muslimin bersama Dr. Said Hawa, Profesor Muhamad Al Wakeel serta Dr. Abdul Satar Al Khudsi. Di Mesir pula, beliau menjadi Setiausaha Seksyen Syariah dan Undang-undang Persatuan Melayu Republik Arab Mesir. Sebagai pemimpin PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang banyak terlibat di peringkat antarabangsa samada gerakan Islam atau gerakan rakyat.
Antaranya :-

a] Ahli Penyelaras Sekretariat Parti-parti Islam Sedunia yang berpusat di Istanbul Turki.
b] Ahli Sekretariat Perjuangan Rakyat mempertahankan Baitul Maqdis yang berpusat di Amman, Jordan.
c] Ahli Majma' Taqrir di kalangan mazhab-mazhab Islam yang berpusat di Tehran, Iran.
d] Ahli deligasi ahli Parlimen parti-parti Islam yang dipimpin oleh Dr.Necmetin Erbakan, bekas Perdana Menteri Turki menemui Setiausaha Agung PBB, Butros Butros Ghali serta menemui Ahli Senat Amerika Syarikat.
e] Menyertai deligasi ahli-ahli Parlimen Parti Islam melawat Eropah yang diketuai oleh Dr. Erbakan.
f] Menyertai deligasi pemipin parti Islam seluruh dunia menemui raja-raja serta presiden negara-negara Asia Barat sebelum Perang Teluk.
g] Mengiringi Presiden PAS, Dato' Fadzil Mohd Noor bersama deligasi pemimpin German Islam seluruh dunia untuk mendamaikan kumpulan-kumpulan mujahidin Afghanistan.

8. Dewan Pemuda PAS Pusat mengucapkan Selamat Ulangtahun ke 62 buat Al Fadhil Tuan Guru Hj. Hadi Awang dan mendoakan agar al Fadhil Tuan Guru senantiasa dikurniakan kekuatan dan petunjuk untuk memimpin sebuah parti yang besar pula mencabar ujiannya.

9. Kepimpinan beliau sejak awal sering berdepan dengan ujian getir samaada yang datang dari tekanan luar parti mahupun permasaalahan dalaman parti . Kesabaran dan ketabahan beliau mendepani segalanya adalah suatu yang sangat mengkagumkan . Semoga Allah swt terus mengurniakan kesihatan dan kesejahteraan kepada beliau .

10. Kepada sahabat yang turut ingin memberikan ucapan selamat ulangtahun , bolehlah dimuatkan ke ruangan komen dan insyaallah ianya akan menjadi kata - kata semangat buat al Fadhil Tuan Guru untuk terus thabat memikul amanah berat ini seterusnya mendapat ganjaran setimpal daripada Allah swt . (sumber rujukan http://www.episodeperjuangan.blogspot.com/ )

PAS SANGGAH AZIZ BARI

Saya hormat beliau sebagai seorang yang hebat dalam bidang perundangan. Beliau yang hanya sebagai ahli akademik tidak sama dengan orang yang duduk di medan perjuangan. Melebelkan seorang dalam kepimpinan PAS ada yang pro Umno adalah tuduhan yang berat.Apa asas beliau mengatakan pimpinan PAS pro Umno (Sinar Harian 19/10/09).

Adakah semata-mata kerana buat rumah terbuka orang umno datang maka orang ini dianggap pro umno. Kalau itulah tuduhan yang tidak ada fakta yang kuat amat malanglah sebagai seorang ahli akademik.Perlu diingat PAS sebagai sebuah parti yang besar dan matang dalam sepak terajang politik, pernah berada di dalam Kerajaan persekutuan (BN) dan pernah hanya menang 1 kerusi Parlimen sahaja dalam pilihanraya umum.Sebagai parti yang dihormati oleh kawan dan lawan, parti yang ada prinsip, yang tidak pernah hanyut oleh suasana dan keadaan.

Setiap perubahan yang hendak dibuat kita mengambil kira aspek hukum yang dipandukan kepada Al-Quran, Hadis, Ijma’ dan Qias. PAS bukan parti yang ikut suasana dan peralatkan agama untuk kepentingan politik. PAS tidak pernah khianat kawan dalam apa keadaan sekalipun.Prof Aziz boleh lihat tidak ada sejarah PAS meninggalkan kawan dalam apa-apa keadaan. Kalau Tuan Guru Haji Hadi Awang gila sangat dengan umno, kenapa beliau menolak awal-awal lagi pelawaan Dato’ Seri Abdullah Badwi membentuk kerajaan bersama Umno selepas PRU 2008.
Kalau beliau gila sangat dunia beliau tidak korbankan ijazah sarjana (MA) di awal tahun 1970 an. Kalau beliau hendak dunia lebih baik beliau menjadi ahli akademik, sewaktu itu berapa orang sangat yang ada kelulusan MA di negara ini.PAS bertahalluf dengan parti yang berlainan ideologi adalah hasil ijtihad ulamak Pas yang bersandarkan hukum. Untuk pengetahuan Prof Aziz bukan senang hendak meyakinkan penyokong PAS berkenaan dengan tahalluf politik dengan bukan Islam.

Bukan senang hendak menyuruh ahli PAS memangkah DAP, kerana selama ini kita telah diajar tidak boleh menyokong calon bukan Islam. Orang yang membuat kertas kerja tahalluf ini ialah Tuan Guru Haji Abdul hadi Awang dan dibawa ke dalam majlis syura ulama’ dan diluluskan.Begitu juga ketika PRK Bukit Selambau Kedah kerana sudah ada di kalangan mereka yang tidak mahu membantu calon PKR dalam pilhanraya kecil tersebut kerana beliau ialah calon bukan Islam. Tuan Guru Presiden terpaksa dua kali buat perjumpaan dengan petugas di PRK Bukit Selambau.
dalam soal kenyataan mengenai politik di Selangor seolah-olah Presiden berdiam diri, adalah tidak betul. PAS ada cara tersendiri dalam menyelesaikan masalahj ini. Kita tidak perlulah memberi tahu kepada Prof apa yang kita buat. Sepatutnya Prof kena tanyalah kepada orang yang berkenaan, jangan kumpul maklumat berdasarkan blog semata-mata. Kita tidak menggunakan media umno, untuk menyelesaikan masalah parti dan Pakatan Rakyat. Bila musuh pernah ehsan dengan PAS dan Pakatan Rakyat, kenapa hendak mendedahkan hal keluarga dalam media.Bukan senang untuk mentadbir sebuah parti politik yang berbagai ragam.
Tadbir parti PAS bukan mentadbir sebuah fakulti di universiti. Kerana mentadbir pensyarah yang makan gaji, walaupun pelajar bodoh atau tidak lulus periksa, gaji dan pangkat tetap naik.Berbeza dengan memimpin PAS kalau kalah dalam pilihanraya maka akan dituduh pro umno, otak tertutup, ulama’ tidak bijak berpolitik dan segala macam yang tidak sedap didengari. Sebagai sebuah gerakan ummah yang ahlinya berbagai ragam manusia dan pemikiran.Berapa banyak mereka yang tewas dalam memimpin PAS, akhirnya terpaksa berundur dari perjuangan.
Kerana tidak tahan dengan tekanan, masalah peribadi, kekangan kewangan dan ada yang lompat bersama dengan Umno kerana hendak berjaya dengan cepat.Menuduh Presiden PAS dan beberapa orang pimpinan PAS yang pro Umno satu tuduhan yang berat. Ingat kalau dakwaan ini tidak benar ia akan memberi kesan di hari akhirat nanti. Kalau ada dakwaan bahawa Presiden PAS sokong Umno dan menjadi ejen Umno, sila kemukakan dengan bukti. PAS adalah sebuah parti yang berdisiplin dan ada jawatankuasa tatatertib boleh diambil tindakan kalau ada laporan yang berupa pengkhianatan terhadap PAS.

PAS pernah mengambil tindakan kepada bekas Yang Dipertua Pas Dato Asri Haji Muda pada tahun 1983 kerana melanggar tatatertib parti.Sebagai seorang Prof dan ahli akademik janganlah mengambil data di tepi jalan yang tIdak ada kesahihan. Biarlah tuduhan ini dibuat oleh mereka yang tidak bergelar Prof.Memanglah menjadi ahli akdemik senang membuat hipotesis daripada bilik berhawa dingin.Tetapi menjadi ahli politik pembangkang berat lagi mata memandang maka berat lagi bahu memikul.Kita janganlah menjadi penganalisa politik yang tidak terjun medan, waktu kalah semua hendak menuding jari.

Sewaktu menang di tujuh PRK tidak ada pula komen mengatakan pimpinan PAS cerdik, apabila kalah semua buat tuduhan.Prof Aziz tahu atau tidak keadaan demografi Bagan Pinang. Beliau pergi atau tidak ke kawasan pilihanraya tersebut. Berjumpa atau tidak dengan masyarakat pengundi Bagan Pinang. Tahu atau tidak berapa ahli cawangan PAS dan dan ahli umno di kawasan itu. Keadaan di Bagan Pinang kalau Prof Aziz Bari bertanding pun akan kalah. . Dalam politik ini kita tidak boleh bergantung kepada undi ayunan semata-mata.

Ia perlu juga kepada kekuatan asas parti.Jawatankuasa PAS Pusat telah membentuk jawatankuasa post mortem yang dipengerusikan oleh Saudara Mohd Sabu. Post Mortem yang dibuat oleh PAS lebih hebat lagi daripada setengah kajian-kajian yang dibuat. Kerana kajian kita lebih mendasari hingga ke akar umbi. Sebab itu tidak perlulah kita menyalahkan sesiapa pun dalam hal ini.Tengok dulu post mortem.
Memang sedap mengkritik seperti penonton bola untuk mengkritik pemain yang berada di tengah padang bola sepak. Tetapi betapa peritnya mereka yang berada di tengah padang. Allahlah yang Maha Mengetahui. Hendak memberi markah siapa pemimpin PAS yang layak memerintah adalah mudah, belum tentu kita boleh berjuang sepanjang nafas mereka yang memimpin PAS sekarang.( Sumber dari http://www.nizar-coretanku.blogspot.com/ )

Monday, October 19, 2009

TYDP Indera Mahkota Di CCU

Abdul Aziz Ahmad atau dikenali sebagai Aziz Bateri (Tidak berkopiah) sekarang berada di
CCU hospital besar Kuantan. Isterinya berkata "Dia sakit dada....doktor kata denyutan
jantungnya cepat".Beliau adalah Timb. Ydp Pas Kawasan Indera Mahkota dan Ajk Perhubungan Pas Pahang. sama-samalah kita doakan semoga Allah Taala menyembuhkan penyakit yang menimpanya...wassalam

Sunday, October 18, 2009

Rumah Terbuka Pas Kuantan meriah

Rumah terbuka Pas kawasan Kuantan mula dipenuhi tetamu
pada jam 10.30 pagi
Jawatankuasa Dewan muslimat berpakaian seragam untuk
menyambut tetamu
Tydp menyampaikan hamper dan saguhati kepada guru-guru Pasti
Bendahari Pas Kawasan Kuantan sedang mengagihkan gula-gula
kepada kanak-kanak yang hadir

Tetamu sedang menjamu selera
Sdr Aziz Ahmad anak kelahiran istana Pahang ini disambut
mesra oleh Tydp Pas Kawasan Kuantan
Ketua Muslimat menyampaikan hamper kepada pemenang
cabutan bertuah
CATATAN : YDP Pas Kawasan Kuantan tidak kelihatan dalam program rumah terbuka ini kerana pagi ini isteri beliau bersalin anak yang ke - 10 di hospital besar Kuantan

Saturday, October 17, 2009

Pas Kuantan menyampaikan hamper kepada penduduk berbangsa india

Pas kawasan Kuantan yang diketuai oleh Ydp Pas kawasan, Ust. Rosli Abdul Jabbar telah menyampaikan hamper kepada penduduk-penduduk berbangsa india di Taman perumahan Tanah Putih Baru sempena menyambut Deepavali.
Program menyampaikan hamper ini dibahagikan kepada dua kumpulan, kumpulan yang diketuai oleh Ust Rosli melibatkan Perumahan Tanah Putih Baru didalam DUN Tanjung Lumpur. Manakala kumpulan kedua diketuai oleh Sdr Razali Ramli ( Setiausaha Pas Kawasan Kuantan ) melibatkan penduduk india di Taman Inderapura didalam Dun Inderapura.

Ust Rosli Abdul Jabbar sedang menyampaikan hamper kepada
penduduk india yang akan menyambut deepavali pada hari esok
Ketua Dewan Muslimat Pas Kuantan, Ustazah Azizah (Bercermin mata)
dan Ahli Jawatankuasanyabergambar dengan seorang penduduk
berbangsa india ketika menyampaikan cenderahati Deepavali

Thursday, October 15, 2009

Dakwaan undi pos bepihak kepada Umno/BN tidak betul

JAJAAN mulut atau buat dakyah memang mudah dan mereka yang tidak suka bermain dengan fakta akan cepat percaya. Jarang orang memperincikan jumlah menang kalah calon-calon yang bertanding apatah lagi membuat bandingannya dengan keputusan sebelumnya sebagai hujah jajaan mulut dan penyibaran dakyah.Sebagai biasa, saya mencari maklumat untuk rekod sendiri kenapa dan sebanyak mana kekalahan yang yang dihadapi oleh seseorang calon dalam pilihanraya dan peningkatan serta kemeruduman pungutan undi calon parti-parti tertentu dalam sesuatu pilihanraya.
Kerana itu saya tidak mudah telan bulat-bulat dakwaan keterlibatan pengundi hantu, orang mati pun mengundi atau pun seseorang pengundi mengundi sampai lebih dari sekali atau pun pembelian undi.Malah saya tidak gembira dengan pencapaian pembangkang dalam pilihanraya umum ke-12 kerana yang medominan kemenangan bukan parti yang sepatutnya dan bukan sebagaimana yang diharapkan oleh bangsa pertuanan bagi negara ini.
Pas tidak mencapai kemeangan hebat pun. Umno/BN pula gagal mendapat kemenangan 2/3 bukan kerana Umno lemah tetapi berpunca dari parti-parti komponen lain yang mencatat rekod pencapaian yang sangat buruk.Tetapi sebagai rakan sekomponen, maka Umno kena menerimanya sebagai kekalahan bersama. Kekalahan Umno yang ketara hanya di Kelantan, di negeri-negeri lain Umno tidak kalah teruk sangat pun.Itu hakikatnya jika kita rajin menganalisa dan menghitung kira jumlah undi yang diterima oleh parti-parti yang bertading pada pilihanraya umum ke-12 yakni berapa undi yang Umno dapat untuk kerusi parlimen dan negeri, berapa yang MCA, MIC dan sebagainya dapat serta berapa yang Pas, PKR dan DAP dapat.
Mahu melihat masa depan dan potensi sesebuah parti politik kena dilihat dengan cukup terperinci, bukannya berdasarkan kepada menang mewah sikit, maka mula manggok dan kononnya kitalah yang pling menjadi pilihan tanpa disedari kalau betul menjadi pilihan kenapa kita gagal jadi kerajaan dan masih jadi pembangkang.
Sekarang orang banyak bersekolah/celik huruf, yang berdiploma dan berijazah dalam bidang sains politik, termasuk sains politik antarabangsa pun bergerabak-gerabak keretapi jumlahnya.Apa yang dicakap, dikomen dan dikritik disimpan dalam bentuk rakaman atau catatan. Bila seseorang pemimpin membuat kenyataan yang tidak sama dengan apa yang pernah dibuat, orang akan semak rakaman dan catatan yang dibuat.
Justeru itu hanya penyibar dakyah dan penerima dakyah malas guna akal sewajanya sahaja yang boleh percaya dengan dakyah-dakyah yang akan menikam diri penyibar dakyah itu sendiri akhirnya kerana setiap bangkai walaupun diselindung di sebaik ketulan emas sebesar batang balak sekali pun, baunya tetap ketara, kecuali bagi mereka yang rosak sistem penerimaan bau.Saya perturunkan perincian peolehan undi pilihanrayakecil DUN Bagan Pinang; Piliahanrya kecil (2009)
:<>Undi Pos 3,521 (Umno/BN), 601 Pas/PR), 2,920 (majoriti)
<>Ladang Atherton 236 (Umno/BN), 91 (Pas/PR), 145 (majoriti)
<>Pekan Silliau 349 (Umno/BN), 113 (Pas/PR), 236 (majoriti)
<>Baradwall estate 217 (Umno/BN), 88 (Pas/PR), 129 (majoriti)
<>Sua Betong 213 (Umno/BN), 93 (Pas/PR), 118 (majoriti)
<>Taman Eastern 136( Umno/BN), 78 (Pas/PR), 58 (majoriti)
<>Kg. Bagan Piang 1,308 (Umno/BN), 575 (Pas/PR), 733 (majoriti)
<>Si Rusa 1014 (Umno/BN) 785 (Pas/PR), 229 (majoriti)
<>Teluk Kemang 1,209 Umno/BN(, 563 (Pas/PR), 646 (majoriti)
JUMLAH 8.013 (Umno/BN), 2,578 (Pas/PR), 5,435 (majoriti)
Pilihanraya Umum Ke-12 (2008)
<>Undi Pos 3,080 (Umno/BN), 1,189 (Pas/PR), 1,891(majoriti0
<>Ladang Atherton 124 (Umno/BN), 208 (Pas/PR), 84 (majoriti)
<>Pekan Silliau 194 Umno/BN(, 275 (Pas/PR), 81 (majoriti0
<>Baradwall estate 172 Umno/BN), 131 (Pas/PR), 41 (majoriti)
<>Sua Betong 244 (Umno/BN), 290 (Pas/PR), 46 (majoriti)
<>Taman Eastern 122 (Umno/BN), 93 Pas/PR) 58 (majoriti)
<>Kg. Bagan Piang 1014 Umno/BN), 785 (Pas/PR), 229 (Majoriti0
<>Si Rusa 618 (Umno/BN), 393 (Pas/PR), 225 (majoriti)
<>Teluk Kemang 862 (Umno/BN), 733 Pas/PR), 129 (majoriti)
JUMLAH 6,430 Umno/BN), 4,097 (Pas/PR), 2,333 (majoriti)
Melihat kepada pecahan pengundi yang mana pada pilihanraya umum ke-12 seramai 1,189 pengundi pos memberi undi kepada Pas dan 3,080 memberi undi kepada Umno, dakwaan kononnya pengundi Pos semuanya mengundi Umno/BN seperti yang terus dibangkitan oleh pihak yang enggan terima kekalahan adalah amat tidak benar.Pasti ada sebab-sebab tertentu kenapa 1,290 lagi pegundi pos yang memberi undi kepada Pas pada pilihanraya umum ke-12 di Bagan Pinang tidak lagi memberikan undi mereka pada pilihanraya kecil kali ini apabila undi untuk Pas merosot kepada 601 sahaja manakala undi untuk Umno/BN menokok sebanyak 441 kepada 3,521 daripada 3,080.Lagi pun daripada lapan pusat mengundi dalampilihanraya kecil Bagan Pinang, tidak ada satu pusat pun yang dimenangi Pas berbanding dengan PRU-12 yang mana Pas menang tipis pada tiga pusat mengundi iaitu Ladang Atherton, Pekan Silliau dan Sua Betong.
Seandainya Umno/BN atau pun Tan Sri Isa secara peribadi membeli undi (rasuah) untuk 5,435 yang memberi majoriti kepadanya, bermakna sebanyak RM5,435 wang dihabiskan dan kalau dibeli kesemua undi yang diperolehi, beliau kena habiskan RM8,013 sekiranya nilai beliannya bagi satu undi cuma RM1.Tetapi siapa mahu letakkan harga diri RM1? Paling komen pun kena RM1,000, paling munasabah adalah RM100,000 kalau pun tidak RM1 juta. Umno/BN, apatah lagi Tan Sri Isa ada ke duit sebanyak RM1,000 X 8,.013 atau RM100,000 X 8,013 atau RM1 juta X 8,013 untuk beli kemenangan?Dari beli undi RM1,000 satu undi bersamaan dengan RM8,013,000 adalah lebih baik digunakan untuk buka sebuah perniagaan atau uka sebuah penebitan akhbar untuk mempromosi dan menjulang beliau kerana elaun menteri besar tidak mungkin akan cecah angka sebanyak itu untuk tempoh lima tahun untuk dibazirkan, apatah lagi eluan sebagai wakil rakyat.
Dari segi lojiknya, untuk apa membeli kemenangan yang mana hasilnya tidak akan memberi pulangan, apatah lagi keuntungan dalam tempoh lima tahun atau bagi tempoh masa yang lebih panjang. Kuasa tanpa wang tak akan ke mana tetapi bila ada wang akan ada kuasa, suara akan laku.Oleh itu dalam usaha untuk menafikan kemenangan lawan yang memang sudah ditakdirkan menang oleh suratan-Nya, kena ada hujah dan jelujur yang munasabah.
Bertrilion sogokan dan rasuah, sehebat mana pun gerak saraf dan gimik/provokasi yang dilakukan tidak akan mampu merubah suratan dan takdir Allah.Justeru dalam menang atau kalah, kita jangan lupa dan ketepikan Allah dengan suratan dan takdirnya, barulah kita boleh senyum dan ketawa dalam tangis dan akan menangis dalam senyum dan tawa.Mudah-mudahan Allah akan takdirkan akan ada pilihanraya kecil di Kelantan dalam masa terdekat supaya dapat dikesan tempias pilihanraya kecil Bagan Pinang. Pada firasat saya akan ada pilihanraya di Kelantan dalam tempoh terdekat! . ( Sumber dari : www.melikapakjangak.blogspot.com )

Tuesday, October 13, 2009

PRK LAGI - KEDUDUKAN BADRUL DIKETAHUI HUJUNG BULAN INI


SHAH ALAM, – Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sedia mengadakan perbincangan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang, jika serius mahu mengekalkan kedudukannya.Beliau berkata, pihaknya merancang mengadakan perjumpaan dengan Badrul Hisham Abdullah yang dikatakan menghadapi masalah kesihatan dan gagal menumpukan perhatian kepada tugasnya.

“Kita dah mula merancang perjumpaan dan untuk cuba mengatasi beberapa masalah yang dihadapi oleh saudara Badrul dan tujuan untuk meminta Badrul menjalankan tugas sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)”,katanya.

Tan Sri Khalid berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) 2009, Zon Tengah Peringkat Negeri Selangor di Dewan Jubli Perak, Shah Alam.Katanya, kerajaan memberi tempoh sehingga hujung bulan ini untuk menetapkan kedudukan Badrul, bagi memastikan penduduk DUN Pelabuhan Klang mendapat perkhidmatan yang sewajarnya.

Beliau berkata, apa yang penting Badrul harus menunjukkan kesediaaanya untuk terus mewakili penduduk di kawasan terbabit dan membantu mereka menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.“Saya agak positif dia ingin mengadakan perbincangan tapi itu perbincangan sahaja tidak cukup mesti nampak ,dia boleh nampak oleh masyarakat di Pelabuhan Klang dia menjalankan tugas sebagai ahli dewan undangan negeri”,katanya.

Mengenai tekanan yang dihadapi oleh kerajaan negeri berhubung isu tersebut, Tan Sri Khalid berkata, pihaknya berusaha sedaya upaya menyelesaikan masalah itu secepat mungkin.

“Memang tekanan tu memang akan berlaku sebab bukan sahaja daripada kami agak kurang,daripada pihak exco,pejabat menteri besar agak kurang tapi yang meminta beliau meninggalkan kerusi itu pengundi-pengundi di pelabuhan Klang. Kita ni agak gentlement sedikit tapi yang lain tu agak keras sebab dia rasa mereka terpedaya kerana undi mereka itu tidak menghasilkan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri yang boleh bertugas di daerah yang mereka undi”,katanya.

Masalah yang dihadapi Badrul sejak awal tahun ini, cuba diperbesarkan oleh media arus perdana dengan laporan bahawa Badrul akan meninggalkan Pakatan Rakyat. Bagaimanapun Adun Pelabuhan Klang itu kemudian mengumumkan pendirian untuk terus bersama kerajaan Pakatan Rakyat. ( sumber dari www.Dupahang.wordpress.com)

Thursday, October 8, 2009

Gempar: Sejadah Berdiri Kini Muncul Lagi, Kali Ini Lebih Hebat Apabila Sejadah Siap Bersolat Asar Secara Berjemaah Dalam Sebuah Surau !!

( Sumber dari : www.pahangdaily.blogspot.com )Sebelum ini, kami pernah menyiarkan berita tentang sejadah berdiri di beberapa lokasi termasuk dalam negara kita sendiri. Apakah alamat agaknya?. Kejadian yang selama ini menimbulkan kesangsian tiba-tiba berlaku di sana-sini. Difahamkan, selain daripada apa yang berlaku di Permatang Pauh, Pulau Pinang awal bulan ini, terdapat juga kejadian sejadah berdiri berlaku di Kampung Tok Sangkut, Repek, Pasir Mas Kelantan (foto), pertengahan bulan September lalu.

Semua kejadian ini telah disiarkan dalam media arus perdana. Rammai yang tertanya, apakah makna semua ini. Malah, ada yang mula merasa takut seolah-olah ada satu kejadian besar akan berlaku tidak lama lagi. Ditambah pula dengan kejadian gempa bumi yang melanda nusantara mutakhir ini, hingga mengorbankan ribuan nyawa manusia.

Tambah mengejutkan bilamana sebuah kampung di Padang, Sumatera Indonesia benar-benar telah ditelan bumi akibat dibenam oleh tanah setinggi 30 meter (100 kaki) baru-baru ini. Itu belum termasuk Tsunami yang tiba-tiba melanda selepas peristiwa hitam itu beberapa tahun yang lalu. Semua ini adalah petanda bahawa Allah SWT memberi amaran kepada manusia agar kembali kepadaNya. Bagi mereka yang melihat kejadian demi kejadian ini dengan mata hati, ikhtibar dapat diambil buat bekalan di akhir zaman ini.

Namun, bagi manusia yang tidak dapat menerima kebenaran maka mereka akan menganggap itu semua adalah hukum alam. Kejadian sejadah berdiri yang semakin menjadi-jadi sekarang ini juga seolah-olah mahu mengajak kembali umat Islam supaya beriman dan menyembah Allah. Ramai umat Islam akhir zaman kini sudah lupa padaNya. Mungkin dek kerana terlalu sibuk dengan urusan duniawi dan sebagainya. Maka, masa yang lebih banyak diberikan kepada segala urusan harian, sedangkan masa untuk mengadap Allah kian ditinggalkan malah dianggap enteng oleh sesetengah pihak. Oleh itu marilah kita kembali kepadaNya, kerana petunjuk sudah mula tiba.

Shuhaimi (kiri) bersama beberapa jirannya melihat sejadah miliknya yang 'berdiri' di Permatang Pauh, Bukit Mertajam

Sebelum ini , kejadian sejadah berdiri hanya melibatkan sehelai sejadah sahaja. Namun, maklumat terbaru yang kami perolehi terdapat satu kejadian lebih menakjubkan berlaku beberapa hari yang lalu iaitu selepas kejadian di Permatang Pauh baru-baru ini.

Kami menerima gambar foto kiriman seorang sahabat yang tidak mahu namanya disiarkan. Menurut beliau : "Semalam kat surau tempat saya pun jadi juga sejadah berdiri dan solat, semasa seorang kakitangan nak solat 'asar, dia ternampak tiga helai sejadah berdiri dan seolah2 sedang solat berjemaah.

Kawan saya Rosli agak sibuk jadi dia ke surau agak lewat nak solat asar...dalam 6:55 petang. Apabila dia ternampak sejadah2 itu sedang berjemaah, dia pun terjerit2 balek kepejabat memanggil kawan2 lain untuk melihat. Bila kawan2 lain datang, seorang kawan sempat mengambil gambar2 sejadah2 tu....! Elok lepas 5 minit gambar2 diambil...sejadah2 itu pun dengan sendirinya terjatuk balek asal....! Pelik kan...! Tak lama nak kiamat ni...!". Lokasi kejadian ini dirahsiakan bagi menggelakkan perkara yang tidak diingini.

Inilah bukti menakjubkan sejadah bersolat jemaah yang diperkatakan

[Pengajaran dan ikhtibar yang paling utama dalam kejadian terbaru ini ialah kita harus mengutamakan kewajipan mengadap Illahi daripada urusan lain. Malah, ramai diantara kita hari ini yang sering melewat-lewatkan mengerjakan solat lima waktu dan lebih mementingkan hawa nafsu semata-mata. Lantaran itulah kejadian seperti ini harus dijadikan sebagai satu amaran buat diri kita untuk melakukan perubahan dalam diri dan bukannya sekadar dalam kerajaan semata-mata. Malah, jelas dapat dilihat ramai dikalangan petugas pilihanraya baik dari BN mahupun Pakatan Rakyat sendiri (beragama Islam) yang terleka dari mengadap Allah kerana terlalu sibuk berkempen untuk parti masing-masing. Oleh itu, bangkitlah dari lamunan mimpi dan buat perubahan dalam diri sebelum mengharapkan perubahan yang lebih besar dari itu. Semoga Allah merahmati kita seadanya dari sebarang malapetaka selepas ini. Amin].

Wednesday, October 7, 2009

Pemuda UMNO menyerang Markaz Pilihanraya Dewan Pemuda Pas Pusat


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengutuk tindakan ganas Pemuda Umno yang menyerang Markas Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Pusat dan menetak seorang petugas pemuda PAS di Bagan Pinang lewat malam tadi.

Sebelum itu, beberapa pemuda PAS turut diserang oleh ratusan Pemuda Umno di Taman Dato Hj Abdul Samad petang semalam. Tindakan ganas Pemuda Umno ini mencemar suasana Pilihanraya yang sepatutnya berjalan dengan aman.

Ini bukan kali pertama petugas PAS diserang, di Ijok peristiwa serangan yang serupa berlaku tetapi polis gagal membuat sebarang tangkapan.

Peristiwa pembunuhan Ketua Pemuda PAS yang juga ahli Parlimen, Abdul Samad Ghul; pembunuhan Pesuruhjaya PAS Perlis, YB Haji Tahrim Ali dan serangan 200 pemuda Umno di Felda Lubuk Merbau hingga mengorbankan Saudara Osman Talib hingga kini belum ada jawapan dari pihak Polis.

Polis sememangnya mengetahui bahawa Umno mempunyai rangkaian samseng yang ganas tetapi masih berpeluk tubuh bila melihat rakyat yang tidak berdosa diganyang hingga ada yang terkorban.

Bukan sahaja ahli PAS, sesama Umno juga mereka sanggup berbunuhan kerana berebut kuasa. Pembunuhan di Gemenceh, Negeri Sembilan yang melibatkan Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan, Datuk Taha Talib oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Mokhtar Hashim kerana berebut jawatan di Bahagian Tampin membuktikan bahawa Umno sanggup melakukan apa sahaja demi kuasa. Kes ini telah disiasat oleh Tan Sri Musa Hassan yang kini sudah menjadi Ketua Polis Negara.

PAS menuntut agar pihak Polis mengambil serius akan kesemua kes yang telah berlaku ini dan tidak memekakkan telinga atau menutup mata hanya kerana yang menyerang itu adalah Pemuda Umno. PAS mahu jawapan dan mendesak agar Polis membuat siasatan serta tangkapan bagi kes serangan yang telah dilaporkan ini dengan segera.

PAS juga mendesak agar rakyat Bagan Pinang membuat pilihan yang betul kerana Tan Sri Isa Samad yang menjadi calon BN mempunyai rekod rasuah yang buruk dalam pemilihan Umno. Kini, beliau bertanding di Bagan Pinang dan keadaan menjadi lebih buruk lagi kerana samseng serta kaki pukul digunakan bagi membantu beliau berhadapan dengan calon Pas yang ternyata bersedia berkorban untuk rakyat.

Kita tidak mahu kes pembunuhan di Gemenceh berulang barulah Polis dan pengundi membuka mata. Cukuplah apa yang berlaku hari ini menjadi jawapan kepada pengundi untuk membuat perubahan. PAS menyeru agar pengundi menghukum BN dengan menolak pemimpin rasuah dan parti samseng di Bagan Pinang.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Tuesday, October 6, 2009

Hutang di Shah Alam akan dibayar di Bagan Pinang


Jika pada PRU lalu masyarakat India dikatakan 70 peratus mengundi calon PAS, selepas peristiwa ini saya percaya sokongan kaum India mungkin meningkat hingga 90 peratus.

"Orang India tahu siapa di sebalik provokasi ‘sepak kepala lembu' baru-baru ini. Hutang di Shah Alam itu akan bayar di Bagan Pinang,” kata Kumutha Raman, Ketua Wanita Kelab penyokong PAS kaum India (gambar)Kata beliau, politik provokasi seperti itu tidak sewajarnya berlaku dalam dunia dan negara bertamadun sekarang.

“Tragedi mengarak dan menyepak kepala lembu di Shah Alam itu membuatkan kaum India sangat marah kerana menganggapnya sebagai satu penghinaan kepada agama. Saya fikir kesannya boleh mengalahkan Umno-BN pada PRK Bagan Pinang nanti. Suara Makkal Sakti akan berkumandang di sana”. (Sumber Siasah Daily.blogspot.com)

Monday, October 5, 2009

Larangan Lapor isu ISA digantung

Akhbar-akhbar harian berbahasa Cina telah diarahkan supaya jangan melaporkan mengenai penggantungan keahlian Tan Sri Isa Samad dalam Umno, menjelang pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang.Sekurang-kurangnya dua akhbar harian berbahasa Cina telah diarahkan supaya jangan melaporkan penggantungan keahlian Isa, selepas beliau didapati bersalah terbabit dalam politik wang sewaktu pemilihan Umno pada 2004.
Isa adalah calon BN dalam pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang. Beliau menghadapi pertandingan satu lawan satu dengan calon PAS, Zulkefly Mohd Omar.Dalam pemilihan Umno pada 2004, Isa memenangi jawatan naib presiden Umno dengan undi terbanyak, tetapi dibatalkan kemudiannya selepas didapati terbabit dalam politik wang.
Berikutan itu, Isa digantung keahlian selama enam tahun, atau dua penggal, tetapi dikurang kepada tiga tahun selepas beliau membuat rayuan. Tempoh penggantungannya tamat tahun lepas.Malaysiakini difahamkan bahawa Kementerian Dalam Negeri telah mengeluarkan arahan lisan mengenai larangan tersebut, tetapi tidak dapat disahkan.
Bagaimanapun, sumber dalam sebuah akhbar harian berbahasa Cina berkata, arahan itu melarang sebarang sebutan mengenai penggantungan Isa, sama ada dalam laporan berita atau pun ulasan."Alasan yang diberikan ialah penggantungan Isa adalah perkara lama dan Isa juga telah menjalani hukumannya. Oleh itu, adalah lebih baik untuk menyerahkan kepada penggundi sendiri untuk memutuskannya," kata sumber itu."BN juga bimbang isu tersebut akan menjejaskan kempennya, memandangkan wujudnya masalah dalaman antara Isa dan Menteri Besar, Datuk Mohammad Hassan,". (Sumber Malaysiakini.com)